Isnin, 11 September 2017

Bayi 11 Bulan Kritikal Di R0g0l Selama 2 Jam Di India

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Bayi 11 Bulan Kritikal Di R0g0l Selama 2 Jam

Seorang bayi berusia 11 bulan telah diculik dan dirogol selama 2 jam oleh “jiran” di Delhi, India.

Kes tersebut berlaku di sebuah tempat perlindungan sementara di kompleks perumahan polis semasa bayi tersebut sedang tidur bersama ibunya.

“Jiran” didakwa telah menculik bayi tersebut dan membawanya ke sebuah hutan berdekatan dan dirogol pada pukul 10 malam.

Ibu bayi hanya menyedari kehilangan anaknya itu sekitar pukul 11.00 malam dan melapor kepada polis.

Tidak lama kemudian, polis telah menjumpai bayi tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bayi perempuan tersebut mengalami pendarahan teruk,” kata seorang pengawai kanan polis.


Bayi tersebut dikejarkan ke unit jagaan rapi di Hospital Dayal Upadhyay di mana para doktor di hospital berkata yang bayi tersebut berada dalam keadaan kritikal.

Bapa bayi itu kemudiannya memberitahu polis:


“Saya berasa ngeri melihat keadaan anak saya. Bajunya terkoyak dan terdapat kesan kuku di merata tubuhnya. Ia kecederaan teruk yang mungkin memberikan kesan jangka panjang terhadap kesihatan anak saya.”

Polis berjaya mengesan suspek di sebuah kem pekerja di mana suspek tinggal bersama pekerja lain dengan menjejak pemilik telefon bimbit yang ditinggalkan berdekatan bayi tersebut.


Menurut polis, lelaki itu telah mengaku bahawa dia telah menculik dan merogol bayi tersebut selama hampir 2 jam.


Lelaki itu kini dituduh merogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan India dan Seksyen 6 Akta POSCO dan ditahan di penjara Tihar.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: