Sabtu, 23 Disember 2017

Di Halau Hospital,Wanita Menjerit,Menangis Lahir Anak Dalam Ladang

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Di Halau Hospital,Wanita Menjerit,Menangis Lahir Anak Dalam Ladang

MADHYA PRADESH, India – Seorang wanita terpaksa melahirkan bayi lelaki di satu kawasan terbuka selepas kakitangan di sebuah hospital awam di sini enggan menerima dan mendaftar masuk pesakit itu yang sarat mengandung lapan bulan.
Menurut laporan, Samarwati Devi (gambar kecil), 24, dari sebuah perkampungan di Dindori di sini turut ditampar sebelum dihalau jururawat di hospital itu ketika mangsa tiba pada pukul tiga pagi, Isnin lalu selepas mengadu mengalami kesakitan untuk bersalin.
Lebih memilukan apabila sekumpulan doktor di hospital berkenaan mendakwa bayi dalam kandungan Samarwati telah mati dan tidak perlu mendapatkan khidmat bersalin di situ.
“ Saya ke hospital dan memberitahu mereka bahawa saya berada dalam kesakitan. Mereka langsung tidak melakukan pemeriksaan dengan baik, malah memberitahu bayi saya sudah mati dalam kandungan.
“Saya menjerit dan menangis sebab kata-kata itu tetapi jururawat di situ bertindak menampar sebelum menghalau saya dari hospital,” katanya.
Samarwati kemudian melahirkan bayinya dalam keadaan sihat di sebuah ladang berdekatan hospital itu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah. – Agensi
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: