loading...
Loading...
Sambil Masak, Sambil Mengemas Dapur
Pernahkah anda merungut letih mengemas dapur setelah gigih menyiapkan juadah? Pasti ini sudah menjadi kebiasaan kebanyakan daripada kita. Jika anda tidak mahu lagi susah di kemudian hari untuk membersihkan kotoran degil di dapur, ayuh cuba praktikkan lima langkah pembersihan sambil memasak ini.
Cuci Secepat Mungkin
Langkah paling kritikal setiap kali anda memasak dan sesudah memasak adalah memastikan setiap perkakas dan peralatan terus dibersihkan. Jangan biarkan segala pinggan, periuk dan sebagainya dilonggok di dalam sinki dan menunggu hari esok untuk dicuci. Anda boleh cuba capai apa saja yang boleh dicuci sementara menunggu masakan siap. Anda tentu tidak mahu kotoran akan lebih sukar ditanggalkan, selain memberi imej dapur yang tidak bersih dan memberi bau kurang senang.

Sediakan Bekas Sampah Kecil
Untuk menjadikan tugasan memasak anda lebih mudah, sediakan bekas kecil bagi menggantikan tong sampah utama. Anda boleh tempatkan bekas sampah ini berdekatan sinki atau ruang kerja anda. Buang kulit bawang dan sisa kecil di dalamnya untuk menjimatkan tenaga anda daripada perlu bergerak ke tong sampah utama setiap kalinya.

Guna Perkakas yang Minimum
Supaya tidak susah membersihkan banyak perkakas setelah siap memasak, anda disaran menggunakan perkakas seminimum mungkin. Cukup sekadar menggunakan perkakas bersesuaian yang mudah dicuci dan digunakan semula.

Mengelap Sambil Memasak
Sementara menunggu hidangan siap, anda boleh lap sedikit demi sedikit sekitar sinki, hud dapur memasak dan permukaan kaunter yang terkena sebarang tempias minyak dan kotoran.

Terus Singkirkan Sampah
Sambil memasak, pastikan anda sentiasa peka dengan persekitaran dapur. Jika ternampak sebarang sampah kecil mahupun besar, terus ambil dan buang ke dalam bekas sampah. Selain itu, sekiranya anda nampak bekas sampah sudah penuh, terus singkirkannya daripada dapur anda bagi mengelak kehadiran bau yang tidak enak.

0 ulasan:
Catat Ulasan