loading...
Loading...
Isteri Minta Cerai ,Lelaki Kelantan BUNUH DIRI
Allah.. Lelaki Kelantan BUNUH DIRI Selepas Isteri Minta Cerai | Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemui mati tergantung di sebuah rumah di Kota Bharu. Allahu. Baca selanjutnya…
KECEWA ISTERI MINTA CERAI
Seorang lelaki ditemui mati menggantung diri akibat perselisihan faham dan kecewa selepas isterinya meminta cerai, di luar sebuah rumah di Kampung Surau Pendek, dekat sini, pagi tadi.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditemui jam 7.20 pagi oleh saudaranya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata mangsa menggunakan tali nilon yang digantung pada sebatang kayu dipercayai untuk membunuh diri.
“Dia tinggal di rumah bersama isteri, seorang anak perempuan berusia setahun, ibu mentua dan empat adik ipar.
BERGADUH DENGAN ISTERI
“Difahamkan mangsa mempunyai masalah keluarga dan berselisih faham dengan isterinya yang minta cerai sebelum lelaki itu ditemui mati,” katanya.
Berita kematian lelaki itu mula menjadi viral sejak pagi tadi menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa cedera di bahagian leher dipercayai kesan ikatan tali dan tiada kecederaan lain.
“Mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan