Ahad, 24 Disember 2017

Sejuknya Kedah Dan Perlis

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Sejuknya Kedah Dan Perlis

ALOR SETAR - Cuaca sejuk dan lembap yang melanda Kedah sejak dua hari lalu adalah tempias daripada luruan angin sejuk akibat tekanan tinggi di kawasan China.

Pengarah Meteorologi Kedah, Rosli Zakaria berkata, cuaca sejuk itu berpunca daripada sistem tekanan tinggi yang kuat dari China menyebabkan suhu di utara Kedah dan Perlis menurun.

“Berdasarkan suhu direkodkan dalam tempoh seminggu, bermula 17 Disember, menunjukkan penurunan ketara. Suhu waktu siang bermula 17 hingga 22 Disember adalah 33 darjah Selsius, menurun kepada 31.4, 31.6, 29.6, 31.0 dan 27.0,” katanya.

Manakala bacaan suhu minimum yang biasanya pada awal pagi di kawasan Alor Setar antara 22.6 hingga 23.0 darjah Selsius.

“Cuaca sejuk ini dijangka berlarutan sehingga dua hari lagi. Kebiasaan Kedah berdepan cuaca panas dan terik. Minggu ini penduduk Utara Kedah dapat menikmati suasana agak dingin, terutama pada waktu malam,” katanya.

Sejak Ahad lalu, penduduk di wilayah utara, timur laut dan tengah Thailand, termasuk ibu kota Bangkok, terpaksa memakai pakaian lebih tebal berikutan cuaca sejuk melanda kawasan itu.

Rosli berkata, cuaca redup dan hujan renyai serta berterusan turut menyumbang kepada cuaca sejuk ini.

Mengulas mengenai Siklon Tropika Kai Tak di Laut China Selatan, katanya, ribut itu telah berakhir sebelum memasuki perairan Semenanjung Malaysia.

“Kelmarin, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang turut menerima amaran cuaca waspada, dengan angin kencang, laut bergelora dan kenaikan aras laut. Bagaimana pun, amaran itu telah ditamatkan pagi Sabtu,” katanya.

Sementara, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Imran Azemi berkata, APM sentiasa siap siaga berdepan sebarang kemungkinan sekiranya negeri ini mengalami hujan lebat berterusan.

“APM sudah maklumkan kepada semua anggota di daerah, termasuk situasi sebenar jika hujan lebat tanpa henti antara dua hingga tiga jam, kerana sebahagian kawasan berisiko banjir kilat. Ini termasuk memantau paras air menerusi sistem Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya.

Menurutnya, apabila Jabatan Meteorologi mengeluarkan ramalan cuaca kuning atau jingga, APM bersedia lebih awal berikutan musim monsun timur laut berlarutan sehingga Mac depan.
“Buat masa ini, kita memiliki anggota secukupnya, termasuk logistik bagi berdepan sebarang kemungkinan,” katanya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: