loading...
Loading...
Seram....Persoalannya, siapa tengok TV dan yang berada di atas motosikal itu tadi?
'Betul ke Danial dah balik kampung?' - Ternampak kelibat anak saudara sedang menonton TV di rumah
'Betul ke Danial dah balik kampung?' - Ternampak kelibat anak saudara sedang menonton TV di rumah
Kejadian ini berlaku pada kawan baik saya sendiri. Dia ceritakan pada saya dan dia juga dah izinkan saya kongsikan cerita ini dengan The Reporter.
26 Disember 2017, Selasa, keluarga Danial dah buat keputusan untuk balik ke kampung kerana cuti sekolah. Tetapi Danial tak mahu balik atas alasan mahu menemani rakannya membeli barang-barang sekolah kerana tak lama lagi sekolah dah dekat dibuka.
Tetapi hati ibu bapanya sangat risau. Yelah, mestilah risau sebab anak sendiri tiba-tiba tak nak ikut balik ke kampung. Sudahlah kampung mereka jauh. Mereka sekeluarga menetap di Kuantan, kampung pula di Dungun. Ambil masa dua jam jarak perjalanan.
Setelah puas menolak, akhirnya Danial tak berjaya mendapatkan keizinan ibu bapanya. Jadi, hari ini mereka sekeluarga pulang ke kampung. Danial dan keluarga bertolak pada jam 11.05 pagi tadi. Namun, ada perkara yang tidak dijangkakan telah berlaku.
Jam 6.30 petang tadi, ibu saudara Danial yang dikenali sebagai Ciksu menghubungi dan bertanya apakah Danial ikut keluarganya pulang ke kampung?
"Yes, ofcoz ikut diorang balik. Dah ada kat kampung dah sekarang. Jam 2 petang tadi dah sampai. Kenapa Ciksu?" soal Danial.
Ciksu pun mula bercerita kepada Danial mengenai apa yang dialami oleh bapa saudaranya yang dipanggil sebagai Pokwan, yang ternampak 'sesuatu' di rumah Danial.
Petang hampir senja, Pokwan saja berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan Danial sebab nak memastikan tiada apa-apa kejadian pencerobohan, rompakan atau apa-apa aktiviti jenayah yang berlaku. Tiba-tiba Pokwan ternampak di dalam rumah Danial ada seorang manusia yang sedang menonton televisyen.
"Aih? Siapa pula tu? Sedangkan mereka sekeluarga sudah selamat tiba di Dungun. Siapa yang sedang tengok televisyen tu?" getus Pokwan dalam hati.
Selepas itu, Pokwan pulang ke rumah dan menghubungi dan mengajak Ciksu keluar makan. Selepas mengambil Ciksu, isteri Pokwan dan nenek Danial, Wama, Pokwan mengambil keputusan untuk lalu sekali lagi di kawasan perumahan Danial.
Ketika itu jam tangan menunjukkan dah hampir dekat dengan waktu maghrib. Tiba-tiba Pokwan ternampak Danial di atas motosikal. Hajat Pokwan cuma nak bawa Danial keluar makan kerana Pokwan ingatkan Danial tak ikut keluarganya pulang ke kampung.
Pokwan cuba bercakap dengan Danial, "Abang? Jom keluar makan.". Tetapi Danial hanya tunduk dan main telefon bimbit.
Selepas itu, Pokwan rasa tak sedap hati lalu kami beredar dari rumah itu dan pergi makan. Semasa berada di kedai makan, Ciksu menghubungi Danial dan bertanya,
"Abang ikut mama abah balik kampung tak?"
"Balik," jawab Danial.
"Ok, ok," balas Ciksu.
Lalu mereka kembali melalui kawasan perumahan Danial sekali lagi. Tetapi tiada apa-apa pula yang ditemui. Alhamdulillah. Tetapi yang menjadi persoalannya, siapa yang tengok TV dan yang berada di atas motosikal itu tadi?
Sumber: Shesya
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan