Isnin, 22 April 2019

Cerai Isteri Ketika Sarat Hamil,Akhirnya Ini Caranya PU Abu Minta Maaf

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Cerai Isteri Ketika Sarat Hamil,Akhirnya Ini Caranya PU Abu Minta Maaf
SITUASI yang melanda rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan bekas isterinya terus mejadi perhatian ramai hingga ada yang membuat pelbagai tuduhan dan spekulasi.
Lebih membimbangkan ada sesetengah pandangan yang diberikan dilihat hanya bersifat andaian hingga berlakunya fitnah.
Bagi empunya diri, PU Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, maklumat yang dikongsikan bekas isterinya, Ain Afini di media sosial hanya sebahagian daripada situasi sebenar.

PU Abu memberitahu kemelut antara dia, Ain Afini (kanan) dan isteri baharunya, Hana merupakan isu lama.
"Itu bukan cerita penuh. Saya cuma boleh cakap cerita bekas isteri saya tu bukan cerita sepenuhnya.
"Ia hanya sebahagian," katanya ketika dihubungi mStar menerusi aplikasi Whatsapp.
Tambah PU Abu yang kini berada di Makkah, kontroversi yang melanda antara dia, bekas isteri dan isteri baharunya merupakan isu lama yang tidak diketahui umum.
Bagaimanapun jelas PU Abu, dia kecewa apabila bekas isterinya memilih untuk membuka aib keluarga di media sosial hingga menjadi buah mulut netizen.
"Kalau bekas isteri sayangkan saya, dia tak buat saya macam ni.
Paparan skrin lafaz cerai yang didedahkan oleh Ain Afini di laman sosialnya.
"Isu saya, bekas isteri dan Hana adalah isu lama," katanya.
Hana yang dimaksudkan PU Abu itu dipercayai merujuk kepada wanita dikenali sebagai ‘Hana Azraa' yang didakwa Ain Afini sebagai orang ketiga hingga menjadi punca perceraian mereka.
Sementara itu menerusi posting di Instagram, PU Abu turut mengakui kesilapan dan menyesali perbuatannya kerana menceraikan bekas isteri yang sedang hamil.
"Saya PU Abu memohon maaf di atas kesalahan saya menceraikan isteri ketika mengandung dan saya amat menyesali atas ketelanjuran yang saya lakukan.
“Saya meminta maaf kepada bekas isteri @ainafini dan keluarga kerana berlaku sikap tidak adil terhadap mereka.
Paparan skrin kenyataan penyesalan oleh PU Abu di Instagram.
“Moga saya mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang saya lakukan. Saya harap para netizen berhenti mengecam pihak yang tidak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung,” ujarnya.
Menerusi posting yang sama, PU Abu berjanji untuk menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk proses selanjutkan selepas talak dijatuhkan.
"Saya akan berbincang dengan pihak bekas isteri untuk hal yang seterusnya. Saya memohon maaf atas apa yang saya lakukan.
"Doakan agar semuanya dipermudahkan dan diselesaikan dengan cara baik," katanya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: