Rabu, 27 Disember 2017

Subhanallah..Aku Tidur Dalam Bilik Orang Mati Rupanya

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Subhanallah..Aku Tidur Dalam Bilik Orang Mati Rupanya

Assalamualaikum. Nama aku, Amer Eddiey. Aku nak cerita peristiwa yang terjadi pada diri aku sendiri. Masa itu, aku dalam perjalanan dari Terengganu ke Batu Pahat. 

Aku saja pusing pergi ke Port Dickson (PD) pada masa itu sebab teringin pula nak tengok pantai PD. Boleh tahan lawa juga, tetapi tempat aku lagi lawalah. 

Nak dijadikan cerita, tanpa aku sedari hari dah semakin gelap. Aku nak teruskan perjalanan pun dah rasa tak larat. Kebiasaannya kalau aku jalan jauh, mesti ada seorang lagi member aku yang reti memandu. Tetapi kali ini aku seorang diri saja. Lalu aku mengambil keputusan untuk bermalam di sebuah hotel berdekatan. 

Jam tangan menunjukkan jam 8.45 malam. Aku terus menuju ke kaunter hotel. Selepas mendapat kunci bilik, aku terus pergi ke Bilik 12. Ya, aku masih ingat lagi nombor bilik itu. Selesai membersihkan diri, aku terus baring di katil. 


Punyalah lena aku tertidur sampai tak sedar jam dah 12.30 pagi. Perut aku berbunyi-bunyi, meminta diisikan makanan. Aku bersiap nak keluar makan. Bila aku buka saja pintu bilik hotel, tiba-tiba pintu tak boleh dibuka. Entah macam mana boleh jadi begitu. 

Aku ketuk dan ketuk pintu itu sampai sakit tangan aku. Lebih dari sejam aku berusaha untuk cuba membuka pintu bilik, namun usaha aku hanyalah sia-sia sahaja. Aku cuba menggunakan telefon yang ada di dalam bilik, tetapi malangnya tidak boleh digunakan pula. Dalam hati, aku terasa mahu saja menumbuk hidung pemilik hotel ini. 

Aku dah buntu, tak tahu nak buat apa. Aku baring di atas katil sambil mendengar muzik dari walkman. Aku ingat lagi lagu yang aku dengar pada waktu itu, lagu Nur Nilamsari. Seketika kemudian, mata aku terlelap. 

Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang lembut memanggil-manggil nama aku. “Amerr..”. Ah, ilusi aku saja tu, kataku dalam hati. Namun tidak beberapa lama kemudian, suara itu kembali kedengaran di telinga. “Amerr… tolong…” 

Aku cabut earphone di telinga, buka mata dan bilik aku gelap?! Serentak dengan itu aku dengar suara itu tak putus-putus memanggil nama aku. Suara itu datang dari katil sebelah aku saja. Tuhan saja yang tahu betapa takutnya aku pada waktu itu. 

Aku selimut seluruh badan dan suara itu masih juga memanggil-manggil nama aku. Aku dah ketakutan tak terkata. Aku pun cuba menjawab dan bertanya, “Kau siapa???”. Dia kata, namanya Marina dan dia mati di dalam bilik ini kerana dibunuh oleh rakannya snediri. 



Ya Allah, aku tidur dalam bilik orang mati rupanya. Aku terus baca ayat Quran yang aku ingat. Entah ayat apa yang keluar dari mulut aku pada masa itu. Aku tutup kepala aku dengan bantal tetapi suara itu masih kedengaran, Aku menjerit meminta tolong, menjerit sampai habis suara. Tetapi entah kenapa tiada orang yang mendengar suara aku. Aku hanya terdengar suara tadi mengilai-ngilai. 

Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku terbaring kaku seperti patung di atas katil. Aku dengar sayu-sayu suara yang mengilai tadi bertukar kepada menangis, mengilai semula dan bermacam-macam bunyi. 

Dah sekian lama, aku pun tak sedar bila aku tertidur. Bila buka mata, hari dah siang dan waktu itu waktu dah jam 11 pagi. Aku kemas barang-barang aku, keluar dari hotel itu. Aku buka pintu bilik, eh, senang pula nak buka pintu itu.

Bila aku pergi ke kaunter untuk buat pembayaran, aku marah pada kakitangan hotel itu sebab pintu susah nak dibuka dan telefon bilik tak boleh digunakan. Diorang juga tidak mendengar aku berkali-kali mengetuk pintu, mahapun jeritan aku malam tadi. 

Bila aku cakap bilik nombor 12, diorang kata dah hantar orang untuk kemas bilik 12 itu tetapi tiada orang pun yang tinggal di dalamnya. Aku bertekak dengan diorang dan ajak mereka ke bilik yang aku tidur malam tadi. Tetapi entah macam mana bilik yang aku tidur itu nombor 15, bilik di hujung sekali. Padahal bilik nombor 12 berada berdekatan dengan tangga. 

Sah aku tersilap bilik. Tapi kenapa kunci yang aku dapat boleh buka bilik itu? Selepas itu, salah seorang kakitangan hotel menarik aku, katanya bukan aku seorang yang pernah mengalami kejadian seperti ini. Sebelum ini ada juga pelanggan mereka yang terkena. 

Ceritanya, bilik di hujung itu sememangnya bilik berkunci sebab bilik itu keras. Aku menjadi hairan, kenapalah mata aku kabur tak nampak nombor bilik. 

Aku pun terus beredar dari hotel itu tanpa perlu membayar apa-apa kerana aku dikira bermalam dalam bilik yang tidak sepatutnya. Semuanya telah terjawab, tak sangka aku bermalam di dalam bilik orang kena bunuh. 

Nama hotel tak boleh sebut kerana nak menjaga perniagaan mereka. Berhati-hatilah bila menyewa bilik hotel. 

Sumber: Amer Eddiey

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: