Rabu, 27 Disember 2017

Kerana Donald Trump Obama Tidak Di Undang Ke Majlis Perkahwinan Putera Harry

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Kerana Donald Trump Obama Tidak Di Undang Ke Majlis Perkahwinan Putera Harry

Barack Obama dan Putera Harry memang dikenali cukup akrab antara satu sama lain. Bangsawan dari negara Inggris ini pernah terlibat dengan beberapa projek sosial bersama bekas Presiden Amerika Syarikat tersebut.

Obama juga menyampaikan ucapan atas pertunangan Putera Harry dengan Meghan Markle.

Namun, baru-baru ini beredarnya khabar Obama tidak tersenarai dalam undangan tetamu pernikahan Putera Harry pada 19 Mei mendatang. [Hangat.com] Yang lebih mengejutkan, khabarnya hal ini disebabkan oleh Donald Trump.

Khabarnya, pemerintah Inggeris menyarankan Putera Harry untuk tidak mengundang Obama gara-gara Donald Trump.[Hangat.com] Menurut dari laporan People, Rabu (27/12/2017), The Sun melaporkan bahawa Pemerintah Inggeris dikatakan bimbang untuk mengundang Obama dalam pernikahan diraja ini.

Pemerintah Inggeris bimbang akan menyinggung Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di mana sampai sekarang belum bertemu dengan Ratu Elizabeth.

Kerana alasan ini pula, Pemerintah lantas menyarankan agar Obama tak diundang dalam pernikahan Putera Harry dan Meghan Markle.

Donald Trump pernah retweet sebuah video anti-muslim dari kelompok sayap kanan Britain First. Hal ini mengundang kemarahan para ahli politik Inggeris, termasuk Perdana Menteri Theresa May.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: