Isnin, 22 April 2019

Perampas di sebalik niqab,Isteri Baru PU Abu Di Serang

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Perampas di sebalik niqab,Isteri Baru PU Abu Di Serang

KISAH keruntuhan rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan Muhamad Mokhtar Rozaidi terus berlarutan apabila timbulnya gerakan memboikot produk yang diusahakan isteri baharunya, Hana Azraa di laman sosial.
Wanita itu merupakan pengasas kepada satu produk kecantikan yang menjual krim pemutih dan serum anti jerawat.
Selain Hana Azraa, pengendali akaun berkenaan turut menggesa netizen agar memboiko0t ceramah pendakwah itu sebagai langkah untuk memberi pengajaran kerana menganiayai bekas isterinya, Ain Afini.
“Perampas di sebalik niqab. Muka comel tapi eiiii geram aku sampai hati kau rampas hak wanita lain semata-mata nak puaskan n4afsu.
“Boikot produk dia dan boikot ceramah PU Abu, biar mereka belajar daripada kesilapan. Ini sudah melampau,” tulis individu tersebut.
Selain gesaan boikot, pengendali akaun itu turut mengaitkan usahawan wanita berkenaan dengan pelakon, Izreen Azminda.
Ia berikutan pelakon itu pernah dilanda kontroversi serupa sewaktu dia mengahwini pemuzik bebas, Muhammad Radzi Wahid pada 2017.
Dalam pada itu, netizen di laman Twitter turut melemparkan pelbagai komen dan memberi pendapat mereka berhubung isu itu.
“PU Abu sanggup menjandakan isteri dia untuk kahwin dengan janda. Hana Azraa dah bebas dari gelaran janda, tapi selepas tu biar perempuan lain jadi janda dan lalui peritnya perceraian yang dia pernah rasa. Dua-dua kej4am tak terkata,” tulis @fadzilaharom.
“Dulu hampir nak beli produk dia nasib ada je halangan nak beli ahhaha weii lega sebab tak pernah beli produk dia,” tulis @nabilamahad.
“Jah4atnya kau Hana Azraa moga perkahwinan dan business kau hancur sebab hancurkan kebahagiaan orang lain,” tulis @amyranadyaa.
“Sebab perangai PU Abu and Aana Azraa nilah orang asyik padang sinis je kat org berpudah dengan pencetus ummah,” tulis @fhanahmran pula.
Menerusi laporan mStar pada Sabtu, PU Abu menceraikan isterinya, Ain Afini yang kini hamil tujuh bulan dan sudah berkahwin dengan Hana Azraa yang juga janda anak satu.
Menerusi perkongsian di Instagram, PU Abu melafazkan talak kepada Ain Afini menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.
Dalam laporan susulan, PU Abu meminta semua pihak agar bersabar dan memberi ruang untuk dia menjelaskan semua kontroversi yang berlaku.
Malah, dia buat masa ini memilih untuk sekadar mengiakan semua pendedahan bekas isterinya itu.
Sumber MStar
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: