loading...
Loading...
Benarkah Perlu Elak Makan Dalam Penerbangan?
TAK ramai yang suka makan hidangan dalam kapal terbang.
Tetapi nampaknya ada alasan yang baik untuk anda mengelakkannya dan ia tiada kaitan dengan rasa makanan yang disediakan.
Terbang tanpa makan dalam penerbangan dikatakan mampu membantu masalah kelesuan dan 'jet lag'.
Melissa Biggs Bradley, yang mengasaskan syarikat perjalanan mewah, Indagare, baru-baru ini berkongsi tentang pengalaman perjalanannya dengan Bloomberg.
Antara yang didedahkannya adalah 'rahsia pramugari' yang tidak pernah makan semasa dalam penerbangan yang turut diamalkannya.
Menurut Bradley, makan sambil terbang boleh membuatkan anda terkena 'jet lag' yang ditakuti.
Katanya, dia belajar tentang tip ringkas tetapi berkesan itu daripada seorang pramugari satu dekad yang lalu semasa menaiki penerbangan panjang Singapore Airlines selama 17 jam ke New York.
"Saya tidak makan apa-apa dalam penerbangan. Saya telah berbincang dengan ramai kru penerbangan dan ia adalah rahsia pramugari dan pramugara," katanya.
"Pada asasnya, pada ketinggian yang sangat tinggi, sistem pencernaan anda akan tertutup sepenuhnya. Seseorang berkata kepada saya ia seperti berada di bawah anestesia.
"Jadi apabila anda turun pesawat, semuanya bermula dari awal dan sistem pencernaan perlu bekerja keras dan ia akan menjadikan anda lebih letih."
Bradley mendakwa makanan dalam kapal terbang yang paling lazat biasanya mempunyai tinggi kandungan garam dan bahan pengawet, namun penumpang tidak sepatutnya makan hanya untuk menghabiskan masa atau mengelakkan rasa bosan.
Dia mengesyorkan penumpang makan beberapa jam sebelum penerbangan dan kemudian tidak makan apa-apa sebaliknya minum banyak air.
"Memang benar, saya mengamalkannya dan saya berasa lebih baik," katanya.
Sementara itu, memetik Insider yang bercakap dengan ahli nutrisi, beliau mempunyai pandangan bercanggah dengan kenyataan Bradley.
Carolyn Pallister, pakar pemakanan berdaftar dan Pengurus Kesihatan Awam di Slimming World, berkata: "Cadangan bahawa sistem pencernaan anda tertutup semasa penerbangan tidak mempunyai asas saintifik.
"Dengan menyekat diri dan tidak makan untuk jangka masa yang panjang dalam penerbangan yang lama, anda mungkin berasa lemah, menggigil, bahkan mengalami sakit kepala atau gangguan 'mood'.
"Di samping itu, jika anda menggunakan tandas di dalam penerbangan, kemungkinannya adalah sistem pencernaan anda berfungsi. Itu adalah bukti.
"Secara ringkasnya, nasihat terbaik adalah anda pelu kekal hidrasi dan makan apabila lapar.
"Benar makanan syarikat penerbangan tinggi garam dan diawet, jadi bawalah buah-buahan di dalam bagasi tangan anda."
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan