Khamis, 28 Disember 2017

Mereka Idola Bodoh!!Stokis rugi, Aliff Syukri, Vida dan Sajat terus kaya.

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Alif Syukri, DS Vida dan Sajat, andalah idola kebodohan


Selain kita berhadapan dengan golongan yang gagal faham sensitiviti agama, kaum dan jantina, kita juga gagal untuk memahamkan orang yang bodoh tetapi masih rasa kebodohannya itu adalah pandai dan tak apa. Asalkan aku buat duit, tak kisah apa yang aku tulis dan apa yang aku buat. Aku ada duit, kau ada apa?

Saya tak suka dan benci orang yang tak faham ni. Tipikal orang yang baru nak rasa senang, terus diuji tuhan dengan kekayaan melimpah-ruah terus bongkak dan sombong. 

Terus-terang Aliff Syukri, DS Vida, Nur Sajat dan seumpama mereka sedang mengajar masyarakat supaya jadi bodoh. Lebih bodoh dari mereka. Dari tulisan menggunakan ejaan yang salah, perbuatan seperti binatang, pemasaran yang lucah dan bangang, mereka sedang mengajar masyarakat supaya lebih kehadapan menjadi bodoh dan tolol.

Hairannya, penyokong-penyokong yang terus menyokong mereka (penjilat) terus beri simpati atas alasan, “ni IG dia, ni FB dia, ni duit dia suka hati dia la.” Kerana duit terus semua jadi bodoh.

Tu tak kira berapa ramai anak muda yang tak mahu belajar atau meneruskan belajar dan mendapat ‘galakan’ ibu bapa yang sudah malas ajar anak dengan berkata, “dia ni SPM je, jutawan pun. Dia ni tak ada ijazah, kaya pun.” Kekayaan adalah tunjang kejayaan seseorang hari ini. ‘Cash is king.’ Kekayaan ini juga telah menutup semua kesalahan dan kebobrokan.

Seperti kata kakak Alif Syukri iaitu Puan Yatie, kita bukan sempurna untuk menegur tetapi benda ni perlu ditegur. Sahabat sekalian, saya dah berjumpa mereka yang jauh lebih kaya dari mereka tetapi mereka itu penuh ilmu dan berpendidikan juga tidak pernah beraksi bodoh untuk kaya. 

Sahabat tak pernah tertanya ke, produk yang jauh lebih hebat dari D’Herbs, Qu Puteh yang berlonggok sekarang seperti Maybeline, Clinique, Channel dan banyak lagi yang hasil tahunan Billion Dollar, kita tak pernah tengok pun aksi bodoh pengasasnya nak promosi produk mereka. Hatta kita tak kenal pun mereka siapa.

Percayalah, kekayaan mereka ini adalah palsu. Mereka menunjuk kekayaan supaya orang terpesona dan ingin jadi seperti mereka dengan menjual produk mereka. Yang kaya dia tetapi stokis-stokis di bawah ni cuba tanya jualan berapa dapat sebulan. 

Nak terjual sebotol syampu pun susah dalam seminggu. Ini sebab mereka beri keyakinan kepada stokis produk akan terjual, bila stokis ambik pukal, jadi longgok di kedai tak terjual. 

Stokis rugi, Aliff Syukri, Vida dan Sajat terus kaya.

Belajarlah jangan hanya bermodalkan 3 syaitan ni terus nak berhenti belajar. Pelajaran akan mendidik kita bukan hanya kita berpengetahuan tetapi ilmu itu akan biaskan kita ini menjadi kaya tetapi ‘versatile’ bukan kaya dan bodoh seperti mereka.

**tahniah Puan Yatie. Sangat menyokong teguran dan tulisan beliau. Hairan ya, lalu sepanjang jalan di lebuh-lebuh raya sekarang penuh papan iklan yang jual ‘produk’ OEM ni. Tapi produk tu tak berapa sangat nampaknya, muka ‘pengasas’ yang lebih. Ni ke strategi Melayu meniaga? Patutla cepat lingkup. Hang nak jual produk ka jual diri?

Kredit: Amir Zuhair
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: