loading...
Loading...
Mengintai Krismas Di London
sumber:Mstar
RAIKAN detik paling magis setiap tahun sebagaimana Kota London disinari cahaya Krismas yang menakjubkan sempena kedatangan perayaan itu.
Dari sinaran lampu Krismas di Oxford Street sehingga ke hiasan bercahaya di Covent Garden dan Regent Street, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan cahaya Krismas London yang terkenal dan sering menjadi sebutan di seantero dunia.
Terokai juga kedatangan Krismas yang sedikit berbeza dari kebiasaan di Carnaby.
Di situ, lampu krismas dihiasi mengikut tema karnival.
Telusuri 14 kawasan bercahaya yang dipasang dengan lampu-lampu terang di situ.
Kawasan itu juga dipenuhi pelbagai jenis restoran serta butik jenama antrabangsa.
Seterusnya, anda juga pasti terpegun dengan hiasan cahaya Krismas yang hebat di Oxford Street.
Bagi tahun kedua penganjuran, Oxford Street bekerjasama dengan NSPCC dalam rangka kempen Light Up Christmas for Children.
Kawasan yang wajib dilawati itu dipenuhi salji yang jatuh dari langit dan perhiasan bersinar serta 750,000 lampu di sepanjang laluannya.
Beralih pula ke Regent Street, pengalaman Krismas di situ juga pastinya menakjubkan. Regent Street pada tahun ini dihiasi dengan 300,000 lampu di sepanjang laluannya.
Sewaktu berada di sana, pengunjung juga boleh menikmati kacang kuda rebus sambil melihat dekorasi Krismas.
Di Covent Garden, ia kelihatan seolah-olah taman kayangan dengan hiasan rusa (reindeer) yang berkilauan setinggi 16.8 meter.
Terdapat juga hiasan pokok krismas bersaiz gergasi dengan lebih 115,000 dekorasi lampu menghiasi kawasan itu.
Bagi meneruskan penerokaan Krismas, anda juga boleh ke Piccadilly Street.
Laluan ikonik itu disinari hiasan tugu Anteros iaitu dewa Greek.
Pengunjung juga boleh ke Fortnum and Mason yang terletak di Piccadilly bagi aktiviti membeli belah.
Bond Street yang juga salah satu lokasi membeli belah paling mewah di London tidak terkecuali dalam dekorasi Krismas sempena kedatangan perayaan itu.
Terdapat hiasan seolah-olah ekor merak yang berkilauan serta lebih 250,000 lampu yang elegan.
Selepas menikmati kilauan hiasan lampu di situ, pengunjung boleh meneruskan aktiviti membeli belah di kawasan itu.
Seterusnya, pengunjung juga boleh menyaksikan bangunan pencakar langit The Shard yang dengan cahaya berkilauan dari puncaknya.
Akhir sekali, pengunjung seharusnya berjalan di South Bank, kawasan tepi sungai yang dihiasi lampu-lampu yang cukup mempersonakan.
South Bank Centre telah ditransformasi mengikut tema taman kayangan Nordic, dengan chalet kayu bagi meraikan kedatangan Krismas.
sumber:Mstar
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan