Sabtu, 26 Ogos 2017

Tiba-Tiba Saya Pitam-Dhabitah Sabri

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Tiba-Tiba Saya Pitam-Dhabitah Sabri

KUALA LUMPUR: "Tiba-tiba semasa latihan pemanas badan, ketika nak buat somersault, saya pitam dan saya jatuh terlentang... mendatar,” kata penerjun negara Nur Dhabitah Sabri menceritakan kisah “perit” dilaluinya sebelum final acara 3m papan anjal wanita pada Sabtu.

Sebab itu katanya, dalam pertandingan itu, apa yang ada dalam fikiran adalah untuk segera menghabiskan lima terjunan berikutan keadaan badan yang tidak selesa dan sakit.

"Saya punya belakang leher sampai bawah tidak boleh gerak dan keras... tidak rasa. Mereka (jurulatih dan pegawai) minta saya buat pemeriksaan, tapi saya mahu teruskan aksi dan kemudian baru buat pemeriksaan (doktor)," katanya.

Keadaan itu telah menjejaskan aksi penerjun berumur 18 tahun itu sekaligus terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara 3m papan anjal wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil.

Nur Dhabitah bakal beraksi dalam dua lagi acara iaitu 1m papan anjal pada Ahad, dan bergandingan dengan Wendy Ng Yan Yee dalam acara 3m papan anjal seirama pada Selasa. - Bernama

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: