loading...
Loading...
Meriahnya Merdeka....Dah Alang-alang jemput sekali Jepun, Belanda, Amerika sambut Merdeka 60
“Alang-alang jemput British (katanya sebab bantu halau Komunis), jemputlah sekali Jepun (sebab bantu halau British), Belanda (sebab halau Portugis) dan Amerika (sebab bantu halau Jepun).
“Meriahkan kemerdekaan dengan meraikan penjajah-penjajah.”
Demikian marah seorang rakan setelah membaca berita kedatangan 39 rakyat Britain semalam.
Mereka adalah veteran tentera British ketika zaman komunis dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang akan menyertai perarakan Hari Kebangsaan yang ke-60, Khamis ini.
Pedang memang hairan mengapa sampai begitu sekali cairnya identiti orang kita, termasuk yang berada di barisan pembuat keputusan penting.
Hari Kebangsaan adalah hari kemenangan bagi negara kita setelah bebas daripada cengkaman penjajah, menjadi negara berdaulat dari sudut fizikal seperti ketenteraan.
Sepatutnya kita menghidupkan semula ruh perjuangan tokoh terdahulu yang bermati-matian melawan penjajah tak kira Britain, Portugis, Belanda dan sebagainya.
Nampaknya, apa yang berlaku hari ini menimbulkan persoalan, benarkah Malaysia dan rakyatnya telah betul-betul merdeka? Adakah mereka memahami apakah erti kemerdekaan?
Adakah perjuangan Tok Ku Paloh, Mat Kilau, Tok Janggut, Dato Bahaman dan lain-lain yang berusaha menghalau penjajah telah berhasil?
Adakah usaha mereka yang terdahulu, yang ingin melihat tanah warisan ini terus berdaulat dengan Islam dan nilai-nilainya, membangun bersama identiti dan asal-usul orang Melayu telah berjaya?
Sesungguhnya mereka yang menjemput 39 veteran British itu terlalu miskin semangat patriotiknya kepada negara. Apa lagi yang perlu diagungkan dengan negara Barat?
Sudahlah jauh daripada Islam, pelbagai masalah sosial juga melata di negara mereka. Adakah kita masih perlu berkiblatkan negara penjajah setelah 60 tahun merdeka?
Malaysia boleh maju dan membangun dengan acuan tersendiri. Malaysia mempunyai sejarah ketamadunan Melayu yang boleh ditiru semula oleh generasi hari ini.
Segalanya bermula dengan kehendak dan kemahuan yang tinggi. Ingin melihat Malaysia berdiri lebih tinggi mengatasi negara penjajah yang telah merosakkan negara ini dan meninggalkan 1001 luka sejak sekian lama.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan