loading...
Loading...
Tiada Wang,Mayat Di Usung Guna Sarung
Beberapa penduduk menggunakan kain sarung untuk dijadikan tandu bagi membawa jenazah seorang lelaki pada Khamis lalu. - Agensi
Datuk Bandar Bulukumba, Sukri Sappewali mengarahkan pengarah pusat kesihatan masyarakat Kajang di Sulawesi Selatan, Sitti Hayanti Madjid ditukar dengan alasan tidak sensitif terhadap masalah penduduk.
Jenazah seorang lelaki yang dikenali sebagai Mappi meninggal dunia pada Khamis lalu ketika dirawat di pusat kesihatan berkenaan.
Pusat kesihatan itu memiliki dua ambulans tetapi Sitti Hayanti tidak membenarkan ia digunakan untuk membawa jenazah Mappi dengan alasan kenderaan itu dikhaskan untuk membawa pesakit.
“Kami membantu mendapatkan ambulans dari sebuah rumah sakit tetapi ditolak keluarga kerana tiada wang untuk membayar sewa berjumlah Rp1 juta (RM320).
“Kami juga mengusahakan meminjam tandu dari sebuah masjid tetapi tetap ditolak dengan alasan ia terlalu berat.
“Mereka sebaliknya memilih untuk membuat tandu daripada kain sarung untuk mengusung jenazah pulang ke rumah,” katanya yang dipetik kompas.com semalam.
Menurutnya, kejadian itu bukan kali pertama berlaku dan sebelum ini banyak keluarga mengusung sendiri jenazah saudara mereka.
“Kami tiada kenderaan jenazah di sini dan ramai yang memilih untuk mengusung sendiri mayat saudara mereka kerana tidak mampu menyewa ambulans,” jelasnya.
Kisah yang berlaku pada keluarga Mappi tular di media sosial baru-baru ini dan ramai yang mengkritik pengurusan pusat kesihatan itu kerana tidak berperikemanusiaan.
Bagaimanapun, Sitti Hayanti tetap mempertahankan tindakannya dengan alasan dia hanya mengikut arahan pihak atasan
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan