Khamis, 31 Ogos 2017

Baru 19 Tahun ,Maruah Lili Di Ragut Abang Sendiri

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Baru 19 Tahun ,Maruah Lili Di Ragut Abang Sendiri

Dia baru sahaja berusia 19 tahun, namun dugaan yang terpaksa dihadapinya cukup besar. 

Pada usia yang masih muda, remaja ini telah merasa sakitnya melahrikan bayi hasil perbuatan terkutuk abang sendiri.

Lili* gadis muda yang cukup tabah. Biarpun hamil tanpa dipinta, dia masih kuat meneruskan kehidupan. 

Malah sanggup menggadaikan nyawanya melahirkan bayi yang tidak berdosa itu. Biarpun bayi berkenaan hasil perbuatan kejam abang kandung dan abang iparnya, Lili sanggup meneruskan kandungannya ini walaupun terpaksa menyembunyikannya daripada daripada pengetahuan saudara mara.

Biarpun susah untuk menyingkap kembali peristiwa hitam itu, Lili gagahkan juga untuk bercerita dan berkongsi dengan pembaca Jelita. Ujarnya, dia telah diperkosa sebanyak dua kali. Kali pertama, mahkotanya dirampas abang kandung sendiri  dan kali kedua, abang iparnya pula melakukan perkara yang sama.

“Abang saya terpengaruh dengan abang ipar yang menagih dadah. Mereka cukup rapat dan sering melakukan perkara yang mencurigkan bersama. Satu hari sewaktu ibu bapa saya tiada di rumah dan adik pula ke sekolah, abang saya telah memecah masuk ke dalam bilik tidur saya. Saya amat terkejut dan pada masa yang sama mula rasa takut,” ujarnya payah.

Tambah Lili, waktu itu dia lihat abangnya yang seperti hilang akal. mungkin sedang khayal disebabkan pengaruh dadah. Abangnya nampak ganas dan sangat ganjil. Sebaik masuk ke dalam bilik Lili, abangnya terus menerkan ke arah Lili dan melondehkan seluarnya.

“Saya cuba melawan namun apakan daya, abang sangat kuat waktu itu. Akhirnya saya tumpas juga di tangannya. Mahkota yang saya jaga selama ini dirampas dengan kejam oleh abang yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya dengan air mata berlinang.

Selepas kejadian itu, dia tidak memberitahu sesiapa. Dia hanya memendamkan rasa seorang diri. Bukan tidak mahu membuka mulut bercerita kepada ibu, tetapi dia takut  ibu tidak percaya dengan kata-katanya. Daripada dia sakit hati ibu menuduhnya bukan-bukan lebih elok dia tanggung sendiri derita ini.

Mimpi Ngeri Berulang
Selepas sebulan peristiwa itu berlaku, sekali lagi dia menjadi mangsa. Kali ini abang iparnya pula yang datang ke rumah saat dia tinggal bersendirian. Dia mahu melarikan diri tetapi abang iparnya lebih cepat bertindak. Pintu dikunci dan dia terperangkatp. Sekali lagi dia jatuh di tangan lelaki durjana.

“Semua kesedihan yang saya alami saya tanggung sendiri. Trauma ayng saya hadapi tiada siapa yang tahu. Setiap malam saya termimpi-mimpi segala perbuatan mereka ke atas saya. Sejak dari hari itu saya jadi benci melihat wajah kedua lelaki itu, sampai hati mereka melakukan perbuatan terkutuk itu kepada saya,” ujarnya.

Dia ingin lari tetapi tidak tahu ke mana arah tujuan. Mujur kakaknya mengajak dia tinggal bersama di Ampang. Tanpa berfikir panjang, dia bersetuju kerana mahu lari daripada dua lelaki itu. Alangkah bersyukurnya Lily kerana dapat meninggalkan kampung dan lebih penting dia dapat menyelamatkan dirinya daripada abang serta abang iparnya.

Nyata kegembiraan yang dirasakan tidak lama aoabila dia mendapat berita yang lebih mengejutkan. Selepas membuat pemeriksaan di klinik, doktor mengesahkan dia hamil enam bulan.

“Sewaktu saya berada di rumah kakak, dia perasan saya nampak sangat tidak bermaya. Kemudian dia bawa saya ke klinik kerana risau keadaan kesihatan saya. Selepas menjalani beberapa ujian termasuk ujian air kencing, doktor mengesahkan saya hamil enam bulan. Saya tidak pernah menyangka saya hamil kerana sejak kejadian hitam itu saya datang bulan seperti biasa, malah fizikal saya juga tidak berubah,” ujarnya.

Saat mendengar keputusan itu, Lili jadi kelu dan idak tahu apa yang perlu dilakukannya lagi. Dia hanya mampu menangis sahaja. Kakaknya yang menemani juga terkejut besar kerana dia menyangka adiknya sudah melakukan zina.

Selepas dipaksa kakaknya, barulah dia berani menceritakan hal yang sebenar. Mujur kakaknya mempercayai segala kata-katanya kemudian mereka terus membuat laporan polis.

“Alhamdulillah, abang saya kini menerima balasan atas perbuatannya. Manakala abang ipar pula melarikan diri hilang entah ke mana. Ibu bapa saya sangat sedih saat mendapat tahu mengenai perkara ini. Saya tidak salahkan mereka dan terima ini sebagai takdir dari Allah. Bagi menutup malu keluarga, saya tinggal di rumah pelindungan sehingga selamat melahirkan,” katanya.

Terima Jadi Ibu Muda
Biarpun anak yang lahir ini belum diketahui siapa ayahnya, Lili tidak sanggup menyerahkan anaknya kepada orang lain. Lagipun anak ini tidak bersalah. Disebabkan itu dia mahu menjaga anak ini.

“Syukur saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Julai lalu dan kini masih dalam tempoh berpantang. Kakak dan ibu bapa saya ada datang melawat sekali sekala. Walaupun sedih kerana melalui fasa hami dan berpantang sendiri, saya terima. Habis berpantang saya akan pulang ke rumah kakak,” katanya.

Buat sementara waktu ini, kakaknya akan menjaga anak ini. Kata kakaknya, dia mahu Lili bekerja dan masa depannya masih jauh. Dia tidak mahu Lili mensia-siakan usia mudanya.

“Saya tinggal dengan kakak, jadi secara tidak langsung dapatlah saya jaga anak ini bersamanya. Biarpun sukar melupakan detik hitam itu, saya akan cuba untuk tidak mengingatinya. Selepas ini saya mahu mencari kerja dan memulakan kehidupan yang baru. Anak ini tetap anak saya dan saya tidak akan meninggalkannya,”

Nasihat Lily kepada remaja yang senasib dengannya, dia berpesan supaya kuatkan hati dan harus tabah menghadapi ujian ini. Tidak dinafikan ianya memang susah, tetapi kehidupan perlu diteruskan. Jangan membunuh anak yang tidak berdosa. Dapatkan pertolongan kerana di luar sana masih ada insan yang berhati mulia yang sudi membantu.
* bukan nama sebenar
Artikel ini disiarkan dalam Majalah Jelita edisi Ogos 2016
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: