loading...
Loading...
Anak Patung Hidup, Trend Terbaru Dunia Fesyen Tokyo
Tokyo: Lulu Hashimoto ialah seorang ‘anak patung hidup’ dan trend terkini dalam senario fesyen dan peragaan.
Lulu – yang memakai sut anak patung penuh yang dilengkapi dengan rambut palsu, topeng, dan stokin yang bercorak seperti sendi anak patung – dilahirkan dari keinginan seorang wanita untuk tampil comel.
“Saya sangat menyukai anak patung, dan bagi saya, anak patung merupakan lambang kecomelan,” kata Hitomi Komaki, pereka fesyen berusia 23 tahun yang mencipta Lulu.
Berpakaian seperti maskot yang digelar “kigurumi” dalam bahasa Jepun adalah satu jenis seni yang popular di Jepun. Komaki telah membawanya ke tahap yang seterusnya dengan mencipta sut yang kelihatan seperti anak patung dan membolehkan anda bergerak seperti seorang manusia.
“Ramai orang memanggil projek satu satu ‘fetish’, tetapi bagi saya ia bukanlah ‘fetish’, tetapi fesyen,” katanya. “Ia seperti memakai pakaian yang cantik atau memakai bulu mata palsu untuk menjadi lebih comel.”
Hanya terdapat satu sut Lulu, menurut Komaki, tetapi penari, pereka dan model adalah antara mereka yang telah memakai sut itu.
Identiti pemakainya adalah rahsia, katanya.
Stokin yang dipakai Lulu dicipta oleh pereka fesyen Koh Ueno, 29, yang melukis sendi anak patung ke atasnya menggunaka teknik ‘airbrush’.
“Saya mahu melihat kaum wanita memakai stokin ini dan mengalami transformasi. Saya mahu mereka merasai keluarbiasaannya – untuk merasai seperti didunia yang berbeza, seperti satu ciptaan atau seperti anak patung,” kata Ueno. Reuters
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan