Rabu, 23 Ogos 2017

Ingatkan Puting Beliung,Rupanya......

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Ingatkan Puting Beliung,Rupanya......

AWAN seakan-akan puting beliung 
dirakamkan oleh João Paulo Magalhães di bandar Teixeira de Freitas, Brazil, baru-baru ini.

Kami menyangka ia akan membentuk puting beliung.”
Kata-kata itulah yang diluahkan oleh para penduduk di bandar Teixeira de Freitas selepas melihat fenomena awan yang jarang berlaku.
Menurut laporan Mail Online, penduduk tempatan berasa terkejut apabila melihat awan tersebut ‘tergantung’ di langit dan berwarna merah seperti seolah-olah mahu membentuk puting beliung.
Malah, ada juga penduduk tempatan melihat fenomena tersebut seperti meteorit yang berhenti bergerak di langit.
Menurut seorang penduduk, João Paulo Magalhães, ketakutan mereka bagaimanapun lenyap selepas awan berkenaan hilang selepas lima minit.
“Ia betul-betul kelihatan se­perti pintu masuk bagi meteorit atau sesuatu yang lain. Saya takut juga, kami menyangka ia akan membentuk puting beliung,” kata Magalhães.
Sementara itu, seorang pengguna laman Instagram dikenali sebagai irenny_ynneri menyifatkan fenomena tersebut sebagai kejadian Tuhan yang sempurna.
Dalam pada itu, pakar meteo­rologi berkata kejadian tersebut adalah disebabkan oleh awan debu.


\
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: