loading...
Loading...
Padah....Suami Melekat Dengan Adik Ipar Disihir Isteri
Rupanya orang Afrika juga percaya kepada ilmu hitam.
Seringkali masyarakatnya menggunakan khidmat bomoh untuk melakukan hal tertentu, misalnya untuk membalas dendam.
Dalam kes ini seorang isteri telah menggunakan khidmat bomoh wanita untuk memberi pengajaran kepada suami dan adiknya yang curang.
Seringkali masyarakatnya menggunakan khidmat bomoh untuk melakukan hal tertentu, misalnya untuk membalas dendam.
Dalam kes ini seorang isteri telah menggunakan khidmat bomoh wanita untuk memberi pengajaran kepada suami dan adiknya yang curang.
Pada awal bulan Jun yang lalu, si suami berusia 55 tahun meninggalkan rumahnya di Kisii yang sepatutnya pergi ke Mombasa untuk membeli kereta keluarga selepas mendapat hasil jualan tanah.
Tetapi si lelaki sebaliknya menyimpang ke Nakuru dan menyewa hotel bersama dengan adik iparnya yang masih belajar. Mereka menghabiskan masa ‘indah bersama’ sepanjang malam itu.
Malangnya malam yang sepatutnya jadi kenangan indah bertukar jadi tragedi apabila badan mereka melekat. Dalam kata lain… tidak dapat dicabut!
Pekerja hotel terpaksa campurtangan apabila terdengar suara tangisan dari dalam bilik. Sebaik pintu dibuka, mereka terkejut melihat pasangan selingkuh malang itu sedang melekat sambil berteriak penuh sengsara!
Dalam masa yang singkat, ia tersebar sehingga beratus orang datang berbondong-bondong menyaksikan kejadian luar biasa tersebut… termasuk isteri lelaki berkenaan!
Isterinya mengaku bertanggungjawab melakukan perkara luar biasa itu dengan bantuan seorang bomoh. Margaret Nambire mendakwa dia mengambil keputusan mendapatkan khidmat seorang bomoh apabila diberitahu oleh jiran tentang kecurangan suami dengan adiknya.
“Sudah 20 tahun kami berkahwin dan dikurniakan 5 orang anak. Hari saya ini nekad memberikan dia pengajaran. Saya bayar Sh40,000 kepada bomoh untuk melakukan tugas ini,” ujarnya sambil menangis.
Pada mulanya si isteri menuntut sejumlah wang dari suaminya, kemudian barulah dia akan memisahkan mereka berdua. Tetapi rancangan ditukar apabila dia bersetuju membawa mereka berjumpa bomoh untuk dipisahkan.
Tetapi bukan mudah untuk melalui jalan Nakuru di luar sana. Ia penuh dengan kerumunan orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan drama tragik ini!
Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka. Selepas itu polis membawa pasangan selingkuh yang ditutup dengan selimut tebal menuju ke rumah bomoh. Sepanjang perjalanan si suami asyik mengadu kesakitan dan merayu supaya diusung perlahan-lahan untuk mengelak goncangan kuat.
Sebaik sampai di rumah bomoh yang dikenal sebagai Annet Mutheu, si adik bersuara memohon belas dari kakaknya.
“Kakak, saya letih, mari berbincang. Hari ini saya sangat malu,” ujarnya.
Bomoh menyuruh mereka memohon keampunan. Selepas mereka mengaku salah sang bomoh pun membuka ikatan tali pada satu objek kayu menyerupai ‘pensil.’ Akhirnya si suami menghela nafas lega sambil berkata, “Terima kasih isteriku, terima kasih.”
Menurut sang bomoh, dia menggunakan ilmu ‘kamuti’ diikat dengan tali yang dinamakan dengan orang yang dituju.
“Kami terkejut apabila mengetahui lelaki itu curang dengan adik iparnya. Kita harus menghormati rumahtangga orang dan ikatan perkahwinan kita sendiri,” ujar seorang saksi.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan