loading...
Loading...
Hujan meteor hampiri Malaysia awal pagi esok
hujan meteor
Orang ramai boleh menyaksikan hujan meteor yang bakal menghampiri Malaysia dengan mata kasar awal pagi esok.
Fenomena alam itu, yang berlaku setiap tahun, boleh disaksikan seawal jam 12.30 pagi tanpa menggunakan teleskop khas, lapor Kosmo!.
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara berkata sejumlah 200 buah hujan meteor dijangka melintasi bumi pada waktu itu.
“Menariknya orang ramai dapat melihat ratusan meteor yang jatuh melintasi bumi hanya menggunakan mata kasar tanpa perlu menggunakan teleskop khas,” kata Dr Noordin Ahmad.
Fenomena itu dianggap perkara biasa dan sering berlaku pada Ogos hingga September setiap tahun, sekaligus menolak ia terbesar di bumi.
Portal The Star Online menyenaraikan enam lokasi yang dijangka dapat melihat taburan meteor malam ini, antaranya Cameron Highlands di Pahang, Tanjung Simpang Mengayau (Sabah), dan Kampung Teluk Pelanduk (Port Dickson).
Lokasi lain adalah di Pantai Malindo Pulau Pinang, Pulau Tioman di Mersing (Johor), dan Sekinchan (Selangor).
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan