Khamis, 3 Ogos 2017

Indahnya Senja Di Perth Australia

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Indahnya Senja Di Perth Australia
PADA April lalu, penulis bersama kawan-kawan berkesempatan melancong ke Perth, Australia selama lima hari.
Tanyalah sesiapa sahaja yang pernah ke negara kanggaru itu, ungkapan hello dan good day sentiasa meniti pada bibir penduduknya. Ini sekali gus membuatkan pengunjung ke negara itu berasa lebih selesa dan dihargai.
Malah, perjalanan penulis bersama rakan-rakan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Perth yang mengambil masa selama lima jam terasa berbaloi.
Mata penulis dijamu dengan pemandangan indah dan cuaca yang baik sepanjang percutian ala kembara di Australia Barat.
Kami menaiki kereta dari lapangan terbang ke Mirrabooka berhampiran bandar Perth yang mengambil masa kira-kira 25 minit bagi menguruskan tempat tinggal di situ.
Sepanjang perjalanan, penulis sangat tertarik dengan budaya dan disiplin tinggi dalam kalangan penduduk yang sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.
Ini berikutan denda dikenakan tinggi sehingga mencecah A$300 (RM959) bagi kesalahan memandu melebihi had laju dibenarkan.
Setibanya di tempat penginapan, saya dan sahabat menyewa sebuah rumah yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air pada kadar A$115 (RM400) semalam.
Walaupun kawasan ini terletak di tengah bandar raya, namun ia hanya meriah pada pukul 6 pagi hingga 5 petang.
Ia berikutan penduduknya menjadikan malam sebagai waktu bersama keluarga dan bangun seawal pagi untuk ke tempat kerja.
Kami mulakan perjalanan ke Caversham Wild Life di Whiteman menggunakan bas.
Di sini, penulis berpeluang melihat kanggaru, koala dan wombat. Pengunjung dicadangkan supaya datang awal pagi kerana dapat memberi makan kanggaru dan menonton persembahan beberapa haiwan lain.
Jinak

BLUE Boat House di Swan River merupakan antara lokasi popular bagi aktiviti fotografi.


Penulis juga berasa puas dapat bergambar dan memegang kanggaru yang jinak serta melihat keadaan anak kanggaru di dalam kantung ibunya.
Cuaca dingin musim luruh memudahkan perjalanan kami ke Crawley Edge Boatshed atau Blue Boat House di Swan River iaitu antara lokasi popular bagi aktiviti fotografi.
Kami sangat bertuah kerana dapat melihat ribuan burung hijrah ketika melalui tasik terbabit sebelum singgah di Alice in Wonderland iaitu John Oldham Park bagi menikmati panorama petang.
Disebabkan keadaan sudah gelap pada jam 5.30 petang, kami tidak sempat menaiki menara di Jacob Ladder bagi melihat pemandangan sebahagian Perth.
Menjadi kebiasaan penduduk membawa keluarga beriadah pada hujung minggu dan cuti umum.

Ajak pasangan untuk berjalan kaki romantis di City Public Art Walk. (Thinkstock)

Justeru, tidak hairanlah jika terdapat beberapa taman besar di tengah bandar Perth seperti Victoria Park dan Kings Park and Botanical Garden dipenuhi orang ramai.
Pada sebelah malam, kami ke Elizabeth Quay yang menjanjikan pemandangan cantik dan pengunjung boleh menaiki bot menyusuri sungai.
Di Elizabeth Quay terdapat Bell Tower yang juga simbol ikonik bandar Perth. Ia merupakan lokasi riadah penduduk serta antara lokasi wajib pengunjung.
Hari ketiga di Perth, kami menaiki kereta api selama sejam dari Perth Underground ke stesen Mandurah sebelum menaiki bas ke Mandurah Ocean Marina dan Fathom Turn.
Sebaik tiba, perasaan amat teruja apabila berpeluang melihat ikan lumba-lumba bermain di tepi jeti.
Selain itu, pengunjung boleh berkunjung ke Reading Cinema, kedai cenderamata dan restoran yang terdapat di sekitarnya.
Selesai ke Mandurah, kami ke Watertown Brand Outlet.
Buat pelancong beragama Islam, mereka boleh menunaikan solat di surau di lokasi tumpuan umum. Jika rindu dengan masakan Malaysia terdapat beberapa restoran masakan Melayu milik rakyat Malaysia di sini.
Kami sempat berkunjung ke sebuah restoran tempatan untuk merasa keenakan pastri apple strudel Corica di Jalan Aberdeen, Northbridge.
Hari keempat paling dinanti-nantikan kerana kami sudah menempah lawatan satu hari ke Pinnacles Dessert di Taman Negara Nambung.
Kawasan ini popular dengan batu keemasan, kawasan bukit pasir Lancellin dan Moore River iaitu lokasi pertemuan air tasik dan laut.
Pengunjung perlu menyewa kenderaan atau menempah lawatan menerusi pemandu pelancong untuk ke sini.
Ini kerana ia terletak lebih dua jam perjalanan dari bandar, namun menjanjikan pemandangan mengagumkan. Pinnacles Dessert adalah antara keajaiban Australia kerana dipenuhi hamparan batu menegak apabila buminya kering.
Ia sungguh memukau mata, walaupun keadaan cuaca di situ agak terik. Selepas puas bergambar, kami teruskan perjalanan ke Lancellin yang mengambil masa selama sejam bagi mencuba aktiviti luncur pasir.
Pasir halus
Masuk adalah percuma, tetapi kadar sewa papan luncur dikenakan A$10 (RM31.90). Pengunjung perlu membawa cermin mata atau penutup mulut kerana pasirnya sangat halus serta berterbangan apabila ditiup angin.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Al-Majid di Hepburn Ave, Padbury serta ke Hillary Boat Harbour bagi melihat panorama matahari terbenam sebelum pulang ke bandar.
Pengunjung dinasihatkan membawa bekalan makanan supaya tidak menghabiskan masa mencari restoran makanan halal.
Kami kemudian singgah ke pasar malam, Twilight Hawkers Market di pusat bandar yang bermula pada pukul 4.30 petang hingga 9 malam setiap Jumaat antara Oktober hingga April.
Pengunjung boleh bersiar-siar di Jalan Murray, Jalan Hay dan London Court bagi melihat gaya hidup masyarakat tempatan.
Hari berikutnya kami ke Freemantle dengan menaiki bas.
Kami melawat Penjara Fremantle seluas enam hektar yang terdiri daripada sel penjara, rumah gerbang, perimeter dinding, pondok dan terowong yang dibina menggunakan tenaga buruh banduan antara tahun 1851 dan 1859.
Fremantle lebih meriah setiap Jumaat hingga Ahad, malah disarankan datang awal supaya dapat bersiar-siar atau menikmati makanan laut terkenal, Kailis Fish Market Cafe atau membeli cenderamata di pasar E-Shed.
Tip sepanjang pengembaraan ini kami peroleh menerusi sahabat yang sudah lama menetap di sana dan laman web yang berkaitan dengan bandar Perth.
Laman terbabit diwujudkan sebagai platform bagi bertukar pendapat, maklumat dan pengetahuan mengenai gaya hidup, tempat menarik, undang-undang dan etika di negara terbabit.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: