loading...
Loading...
AirAsia X lancar peraduan untuk belia...Jom Rebu
KUALA LUMPUR 7 Ogos – AirAsia X melancarkan peraduan untuk belia bagi memperkenalkan New Zealand sebagai destinasi pelancongan pengembaraan.
Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, peraduan itu yang dikenali sebagai Ultimate Xventure, menyasarkan peserta berumur antara 18 dan 32 tahun dengan menawarkan empat tiket penerbangan ke Auckland, New Zealand selama empat hari tiga malam selain aktiviti terpilih sebagai hadiah utama.

Beliau berkata, tujuan peraduan itu adalah untuk memperkenalkan New Zealand sebagai destinasi kembara dan menggalakkan generasi milenial untuk meneroka apa yang ditawarkan oleh negara kiwi tersebut.
Katanya, bagi bahagian pertama, peserta peraduan media sosial Ultimate Xventure perlu memuat naik gambar atau video kreatif aktiviti sukan kembara ke Instagram mereka dengan keterangan menarik dan hashtag rasmi #UltimateXventure dan #AirAsiaX.
Tambahnya, bahagian kedua atau kemuncak peraduan yang merupakan kolaborasi bersama Sunway akan diadakan di Sunway Lagoon Extreme Park pada 20 Ogos ini.
“Pemenang akan bersaing dalam barisan perlawanan peraduan Ultimate Xventure yang menggambarkan pengalaman terdapat di New Zealand bagi memenuhi kehendak anak muda yang mencari pengalaman kembara.
“Peraduan media sosial ini telah bermula pada 31 Julai 2017 dan akan berakhir pada 17 Ogos ini. Penyertaan akan diadili dari 14 hingga 17 Ogos ini di mana seorang pemenang akan dipilih pada setiap hari dan diumumkan melalui radio Fly FM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Teh berkata, peraduan ini bukan sahaja membantu menyemarakkan minat anak muda dalam memilih New Zealand sebagai destinasi kembara, malahan untuk mewujudkan aktiviti interaktif yang dapat meningkatkan kesetiaan terhadap jenama AirAsia dalam kalangan generasi milenial.
“New Zealand menawarkan pilihan sukan kembara yang tiada tandingannya dan hanya AirAsia X menawarkan tambang rendah yang tiada tandingannya dari Kuala Lumpur ke New Zealand untuk pelancong muda yang inginkan pengalaman keseronokan seumur hidup,” katanya.
Untuk keterangan dan maklumat mengenai peraduan berkenaan, orang ramai boleh klik http://promotion.airasia.com/newzealand.
sumber:Utusan
sumber:Utusan
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan