Isnin, 1 Januari 2018

Fizo Lihat Perut Mawar Di Toreh Di Bilik Bedah

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Fizo Lihat Perut Mawar Di Toreh Di Bilik Bedah

Biarpun bimbang keadaan anaknya, bintang filem Cinderella ini juga bagaikan tidak percaya apabila terus diberi kekuatan untuk berada di sisi isterinya itu.

"Percikan darah dan air ketuban yang aku tengok tu macam tak percaya yang aku boleh masih lagi berdiri dan terus melihat ‘magic moment’ tu.

"Dalam kepala aku bukan la nak memikirkan pasal darah atau perut bini aku ‘ditebuk’ tapi yang aku fikirkan dan risaukan adalah bagaimana keadaan anak aku, dan aku tidak sabar nak tengok zuriat aku sendiri," luahnya.

Bagaimanapun, pelakon filem 7 Petala Cinta ini mengakui mengalirkan air mata kegembiraan saat anaknya selamat dilahirkan.

"Masa aku tengok Dr Hamid menarik kepala anak aku keluar, tiba-tiba air mata aku mengalir dengan sendiri dan aku tak terkata apa terpaku kat situ..Subhanallah aku mcm tak percaya…WEHHHHH..aku dah jadi daddy!!!..itulah yang bermain di kepala aku.

"Aku sampai tak ada kekuatan untuk nak pegang baby tu masa tu dan aku hanya mampu tengok dan layan je apa yang nurse sedang buat kat anak aku.

"Mereka tepuk tapak kaki dan baby terus nangis, lagi kuat baby nangis, lagi kuat air mata aku mengalir keluar, Ya ALLAH.. syukur kepada mu ya Allah…," tulisnya.

Malah, Fizo juga sempat mengazankan anak perempuannya.
"Tibalah saat yang paling aku nantikan….AZAN seorang bapa..," tulisnya.

Kata Fizo lagi, memiliki anak adalah salah satu tujuan utama dalam hidupnya.

"Ye lah mana taknya, bukan sahaja empat tahun aku menunggu, malah sejak dari bujang lagi aku memang tak sabar nak ada anak sendiri," luahnya.

Mawar selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.78 kilogram secara pembedahan di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur,  pada 29 Disember lalu.

Fizo dan Mawar bernikah pada 10 November 2013.
Terdahulu, pasangan dua sejoli ini pernah mendapatkan rawatan kesuburan selepas berkahwin lebih dari dua tahun.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: