Khamis, 31 Ogos 2017

Anak Sheila Majid mengamuk, Roslan Aziz kutuk nyanyian ibunya sumbang di malam penutup Sukan Sea

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Anak Sheila Majid mengamuk, Roslan Aziz kutuk nyanyian ibunya sumbang di malam penutup Sukan Sea

TINDAKAN Roslan Aziz mengkritik persembahan bekas isterinya Datuk Sheila Majid yang dikatakan sumbang pada penutup Sukan SEA 2017 (KL2017) mengundang perbalahan.


Anak Sheila Majid mengamuk, Roslan Aziz kutuk nyanyian ibunya sumbang di malam penutup Sukan Sea

Roslan berkata, persembahan pembukaan acara itu berlangsung dengan sempurna namun ia ditutup dengan persembahan sumbang Sheila.

“Selepas terlepas menyaksikan persembahan pembukaan yang ‘sempurna’, saya tidak mahu terlepas menyaksikan acara penutup.

“Satu-satunya kelainan adalah apabila Sheila menyanyi lagu Legenda dengan sumbang,” tulisnya di Facebook.

Kritikan itu turut mengundang rasa tidak puas hati anak perempuan mereka, Kayda Aziz yang tampil mempertahankan persembahan ibunya.


Tindakan Roslan mengkritik persembahan Sheila menimbulkan kemarahan anaknya, Kayda.

Kayda secara sinis meninggalkan komen seolah-olah bapanya itu meletakkan standard setiap persembahan pentas perlu menjadi seperti penyanyi antarabangsa, Celine Dion.
Namun menerusi satu komen balas kepada pengguna Facebook lain, Roslan menyatakan bahawa kenyataannya itu dibuat secara profesional.

“Dia (Sheila) tetap menjadi salah seorang (penyanyi) kegemaran saya,” kata Roslan.
Berdasarkan pemeriksaan, Kayda terus berbalas komen secara beremosi dengan pengguna Facebook lain yang turut mempertikaikan mutu vokal Sheila.

Selain itu pada posting yang sama, anak lelaki mereka iaitu Megat Abdul Majid Aziz turut dilihat mempertahankan ibunya dan meminta orang luar tidak membuat komen negatif terhadap Sheila.

“Kepada rakan atau peminat ibu dan bapa saya dan juga orang yang sengaja nak menyibuk, hanya Sheila Majid dan Roslan Aziz boleh menilai antara satu sama lain.

“Itu adalah kelebihan mereka, percayalah. Namun kalau saya lihat ada di antara anda yang tidak menghormati ibu saya, kita akan mengenali antara satu sama lain,” tulisnya di ruang komen.

Pada acara itu malam Rabu, Sheila turut berduet dengan Kayda menerusi lagu ikoniknya, Sinaran.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: