Ahad, 1 April 2018

Tragedi Ngeri Kaki Patah,Pelantar Minyak Runtuh di Laut Utara Scotland

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Tragedi Ngeri Kaki Patah,Pelantar Minyak Runtuh di Laut Utara Scotland

PELANTAR minyak ini tumbang sepenuhnya kira-kira 30 minit selepas salah satu kakinya patah.

KAWASAN laut di bekas sebuah pelantar minyak yang terletak di perairan Norway kira-kira 376 kilometer ke arah timur Dundee, Scotland lewat petang itu tenang seperti biasa.
Sekali-sekala, bunyi kicauan burung yang jelas kedengaran berjaya memecahkan keheningan suasana kawasan tersebut.
Di sebalik ketenangan air di Laut Utara itu, tiada siapa menyangka tempat tersebut pernah menyaksikan tragedi ngeri apabila sebuah pelantar minyak yang diberi nama Alexander L. Kielland runtuh.
Lebih memilukan, kejadian yang terjadi pada pukul 8.30 malam, 27 Mac 1980 itu menyebabkan seramai 123 daripada 212 orang pekerja di atas pelantar tersebut yang kebanyakannya warga Norway terkorban.
Selasa lalu, genap 38 tahun tragedi yang berlaku terhadap pekerja-pekerja pelantar minyak Alexander L. Kielland itu.
Insiden tersebut dikatakan merupakan tragedi terburuk pernah berlaku melibatkan kawasan pelantar minyak di Norway.
Pelantar tumbang
Mengimbau kembali tragedi hitam itu, salah seorang mangsa yang terselamat, Kristian Bijarne, 52, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di dalam biliknya.
“Pada waktu itu saya dan beberapa orang rakan yang lain baru sahaja tamat syif bekerja. Sedang kami berehat di katil masing-masing, kami dikejutkan dengan satu jeritan kuat.
“Curiga dengan bunyi tersebut, saya terus meluru keluar dari bilik bagi mendapatkan kepastian.
“Seorang rakan yang sedang berlari dalam keadaan cemas memberitahu bahawa pelantar minyak kami akan tumbang pada bila-bila masa kerana salah satu kaki platformnya patah.
“Situasi pada malam itu menjadi sangat tegang dan kecoh,” jelasnya.
Walaupun cemas mengenangkan nasib yang bakal menimpa dirinya, Bijarne berkata, dia dan beberapa orang rakan yang lain cuba menenangkan diri masing-masing.
“Beberapa pekerja pelantar dilihat mula terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri menggunakan pelampung kecemasan, manakala saya pula mengambil keputusan untuk menunggu sehingga bantuan tiba.
LOKASI platform Alexander L. Kielland (kanan) terletak bersebelahan dengan pelantar Edda 2/7C (kiri) di Laut Utara

“Kira-kira 20 minit selepas kekecohan tersebut, kami diselamatkan oleh sebuah bot penyelamat. Biarpun begitu, saya terkilan kerana beberapa orang rakan kami tidak dapat diselamatkan dan terkorban dalam tragedi tersebut,” jelasnya.
Selain bot-bot penyelamat, pihak berkuasa turut menghantar pesawat Nimrod milik Tentera Udara Diraja British yang dilengkapi dengan lampu sorot dan suar selain helikopter tentera udara Norway ke kawasan tersebut untuk misi menyelamat.
Difahamkan pada waktu itu, situasi di sekitar pelantar boleh diumpamakan sebagai pesta cahaya apabila sorotan lampu dari helikopter dan bot penyelamat menerangi segenap penjuru kawasan pelantar.
Biarpun begitu, keadaan cuaca yang buruk menyebabkan operasi menyelamat menjadi bertambah sukar.
PIHAK berkuasa membina sebuah monumen di Rogaland, Norway pada tahun 2010 bagi memperingati tragedi tersebut.

Pesta cahaya
Menurut salah seorang jurucakap polis, 30 minit selepas kaki platform patah, pelantar minyak tersebut terbalik sepenuhnya.
“Kami difahamkan salah satu daripada lima tiang pelantar Alexander L. Kielland patah sehingga menyebabkan platform runtuh dan hampir mengenai platform Edda 2/7C yang terletak bersebelahannya.
“Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Selepas 30 minit kaki platform patah, pelantar tersebut terbalik sepenuhnya.
“Sebanyak dua helikopter dan tujuh bot penyelamat dikejarkan ke kawasan itu.
Bagaimanapun, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, hanya dua bot yang digerakkan dapat menyelamatkan sebahagian daripada mangsa kejadian,” jelasnya.
Pada awal bulan Mac 1981, iaitu kira-kira setahun selepas insiden berlaku, hasil siasatan mendapati, runtuhan tersebut berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan salah satu daripada lima kaki di pelantar tersebut.
NAMA-NAMA mangsa yang terkorban dan terselamat turut disematkan pada monumen yang ada di Rogaland, Norway.

Alexander L. Kielland merupakan pelantar mudah alih separa tenggelam jenis Pentagon, yang reka bentuknya dibina di Perancis.
Menurut jurucakap itu lagi, susulan daripada tragedi tersebut, pihak berkuasa telah membina sebuah monumen bagi memperingati tragedi runtuhan pelantar minyak Alexander L. Kielland di persisir pantai Rogaland, Norway pada tahun 1986.
Seramai 123 daripada 212 pekerja pelantar minyak Alexander L. Kielland yang terletak kira-kira 376 kilometer ke arah timur Dundee, Scotland terkorban apabila platform tersebut runtuh pada 27 Mac 1980.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: