loading...
Loading...
Istana tersembunyi dibawah tanah Moscow
Stesen kereta api komuter bawah tanah biasanya menyajikan pemandangan yang suram dan kotor.
Bagaimanapun, lain pula keadaan stesen kereta api bawah tanah di Moscow, Russia yang kelihatan menakjubkan seperti di dalam istana.
Dihiasi dengan lampu candelier, dinding batu marmar berkilau dan ukiran menarik, stesen ini umpama mutiara di bawah Moscow.
Sistem kereta api bawah tanah mewah itu dibuka pada 1935 ketika pemerintahan Joseph Stalin dan menjadi kebanggaan Komunis.
Stesen kereta api ini dihiasi dengan hiasan mewah dan menarik sebagai propaganda Komunis ketika itu.
Dari stesen hinggalah ke laluan pejalan kaki, semuanya dihiasi dengan ukiran, lampu serta batu marmar yang menakjubkan.
Setiap stesen kereta api bawah tanah yang menghubungkan Moscow ini mempunyai hiasan yang tersendiri.
Selepas 80 tahun beroperasi sistem pengangkutan yang membawa kira-kira sembilan juta penumpang sehari ini masih kekal menakjubkan.
Kerajaan merancang untuk meluaskan lagi sistem pengangkutan ini yang dijangka menjadi sistem kereta api bawah tanah keempat paling besar di dunia menjelang 2020.
Bagi memperkenalkan seni bina hebat ini, jurugambar Kanada, David Burdeny diberi kebenaran untuk masuk ke stesen ini ketika tiada penumpang.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan