Isnin, 16 April 2018

Suami Terkejut Lihat isteri Deko Rumah

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Suami Terkejut Lihat isteri Deko Rumah:


Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih.
Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semulajadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota.

+INFO KEDIAMAN

Nama Pemilik: Fatin Fatina Nazlan

Jenis Kediaman: Apartment

Konsep: Scandinavia

Spesifikasi: Sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur basah dan kering, balkoni.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya begitu gemar berkemas dan sentiasa mahu kediamannya kelihatan indah dan selesa untuk diduduki mereka sekeluarga.

Menurut Fatin suaminya, Syed Azmil Syed Zainul Abidin, merupakan insan yang memberi semangat dalam meneruskan minatnya dalam mendekorasi kediaman. Pasti ramai yang menyangka Fatin mempunyai masa lebih kerana dia tidak bekerja, namun itu adalah silap ini kerana Fatin merupakan seorang peniaga online yang berjaya.





Ringkas & Moden

Bercerita tentang konsep Scandinavian yang diterapkan di kediamannya, Fatin menjelaskan dia sukakan kepada konsep ini yang tampak ringas namun moden.

“Saya minat dengan konsep ini kerana ringkas dan ada sedikit unsur-unsur kayu. Apabila ada unsur kayu tampak rumah lebih berseri. Selain itu saya juga suka warnakan kediaman dengan pelbagai warna cat. Setahun dua atau tiga kali saya akan tukar cat dinding. Cuma kali ini saya terapkan rona putih, hitam dan kuning agar rumah saya tampak cerah dan ceria.


“Ruang makan juga saya selitkan dengan unsur ini. Walaupun tampak ringkas dengan meja makan berunsur kayu dan kerusi makan berkaki kayu dengan perhiasan pasu bunga yang minimaslis. Tampak lebih menarik apabila saya cermin yang ditepinya saya guna pita pelekat murah buat bingkai tampak lebih menyerlah.

Suka Lakukan DIY

Seorang yang cukup kreatif, Fatin menerangkan untuk mendapatkan kediaman yang cantik dan selesa tidak perlu mengeluarkan modal yang besar. Bagi dirinya seseorang itu hanya perlu kreatif dan bijak dalam melakukan DIY sendiri.

“Semua hiasan dirumah saya lakukan sendiri tanpa bantuan suami. Bila suami keluar bekerja bila dia pulang ke rumah tengok kediaman kami sudah berubah wajah. Saya suka DIY sendiri. Saya akan cat rumah sendiri malah saya juga mengecat rumah dengan cara sendiri dengan menggunakan span basuh pinggan. Malah saya yang aktif di laman sosial juga pernah memuatnaik teknik ini di laman sosial hingga menjadi viral.

“Jika kita lakukan DIY memang banyak berjimat. Contohnya botol kicap saya akan DIY menjadi botol yang cantik, tayar pula saya buatkan menjadi kerusi. Bingkai gambar pula saya akan print sendiri dan tampal di dinding,’ jawab Fatin berkongsi ilmu dekorasi dengan lakukan secara sendiri.



loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: