Rabu, 4 April 2018

Bukan Riak,Aliff Syukri Tayang Mahligai Baru

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Bukan Riak,Aliff Syukri Tayang Mahligai Baru

PETALING JAYA: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pernah mengimpikan hasrat untuk memiliki sebuah rumah mewah bak istana sejak usianya 23 tahun.

Menurut Aliff, 31, impian itu muncul ketika dia mengunjungi Istana Pahang semasa menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk kira-kira lapan tahun lalu.

"Ketika itu saya menerima darjah kebesaran di Istana Pahang dan saya tertarik dengan kemewahan istana dan mengimpikan untuk memiliki sebuah rumah mewah berkonsepkan begitu.

"Saya sedar saya hanya orang biasa dan bermula daripada situ saya menyimpan azam dan berusaha untuk mencapai impian ini.




Luas dan besar suasana dalam rumah bak istana.

"Alhamdulillah akhirnya tahun 2018, impian saya ini berjaya direalisasikan dan ia adalah hasil kerja keras saya sendiri," katanya kepada mStar Online.

Aliff ditemui semasa program jelajah media ke kediamannya dikenalii Aliff Syukri Palace di Kota Damansara, di sini pada Selasa.

Rumah dengan rekaan Royal Modern Classic itu mempunyai 30 bilik tidur termasuk surau, gim dan bilik kebal.

Ditanya mengenai kos pembinaan rumah tersebut, Aliff berkata dia lebih selesa untuk merahsiakan tentang hal itu.

Suasana di ruang makan



Sementara itu, usahawan yang juga merupakan penyanyi ini memberitahu niatnya berkongsi mengenai kediaman ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau riyak.

Sebaliknya, dia hanya ingin memberi inspirasi kepada masyarakat supaya tidak pernah mengalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai impian.

"Demi Allah saya bukan nak riyak. Apa yang saya kongsi ini adalah hasil usaha sepanjang melalui kepayahan hidup, dari tiada apa-apa sehingga tercapai ini semua.

"Saya mahu orang di luar sana menjadikan ini sebagai inspirasi dan jangan pernah mengalah untuk mengapai impian.



Suasana di luar rumah pada waktu malam.

"Harap-harap tak ada yang kecam kerana saya hanya ingin berkongsi yang baik-baik sahaja," katanya yang merancang menceburi perniagaan jualan perabot selepas ini.

Dalam pada itu Aliff menggunakan perabut di kediamannya ini yang diimport dari Itali, Sepanyol, London dan Jakarta dengan hasil kerja pereka hiasan dan jenama terkemuka dunia.

Keluasan rumahnya ini ialah 40,000 kaki persegi.

Selain mahligai berkenaan Aliff juga memiliki kediaman di Pavilion Kuala Lumpur dan penginapan diberi nama Sugeh Resort yang mengendalikan Sugeh Village di Sungai Buloh dan Sugeh Hill di Janda Baik, Pahang.

Mahligai baru Aliff Syukri dibina atas tanah RM13 juta, kos dalaman RM11 juta

Doa dan keinginan itu termakbul pada usia beliau mencecah 31 tahun apabila banglo yang menjadi impiannya itu sudah siap dibina di Kota Damansara di sini.

Mahligai yang dinamakan beliau sebagai Aliff Syukri Palace itu dibina di atas tanah bernilai RM13 juta dan dilengkapi 30 bilik termasuk surau, pawagam mini serta bilik karaoke.

Selain itu, Aliff Syukri turut memperuntukkan RM11 juta bagi kos hiasan dalaman kediaman yang mula dirancang pembinaannya pada 2015.

Bagaimanapun anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu enggan berkongsi kos keseluruhan pembinaan rumah agam yang dibina di atas empat bidang tanah lot banglo.

“Dahulu, saya selalu memasang impian mahu memiliki banglo dan impian itu dipenuhi ketika usia 24 tahun. Selepas itu, saya menyimpan impian mahu memiliki kediaman seperti istana pula.

“Saya sedar untuk dapat apa yang saya hendak, saya harus be*kerja keras. Saya terus berusaha hingga akhirnya saya mendapat apa yang saya impikan. Jangan menyerah dan teruskan usaha untuk mencapainya,” kata Aliff Syuk*ri dalam sesi ramah mesra bersama wartawan sempena lawatan ke mahligainya hari ini.

Sebelum ini, dalam laman sosial Instagram peribadinya, ahli perniagaan yang juga bapa kepada lima cahaya mata terma*suk dua anak angkat itu sering berkongsi mengenai cerita serta foto-foto pembinaan mahligai sehingga mengundang rasa ingin tahu masyarakat.

Aliff Syukri yang terkenal kerana sikap terbukanya juga pernah berkongsi kisah-kisah kehidupan peribadinya dalam program realiti Oh Abang Kosmetik yang ditayangkan di saluran Astro.

Menurut usahawan kosmetik itu, beliau membeli empat bidang tanah lot banglo tersebut pada 2015 dan proses pembinaan bermula setahun selepas itu serta dijangka siap sepenuhnya sebelum sambutan Aidilfitri akan datang.

“Sekarang baru 80 peratus sahaja siap. Ruang bawah tanah merupakan bahagian terakhir untuk disiapkan. Saya robohkan empat buah banglo yang dibeli untuk bina semula mahligai ini.

“Secara keseluruhannya, terdapat 30 buah bilik merangkumi bilik tidur, bilik rehat keluarga, bilik mandi, bilik pakaian, ruang makan, ruang santai, ruang pejabat, ruang tamu, dapur dan sebagainya,” kata beliau sambil memberitahu ilham dekorasi rumah diperoleh daripada bacaan pelbagai majalah hiasan dalaman.

Aliff Syukri turut mendapatkan kelengkapan rumah termasuk bahan binaan dari empat negara iaitu China, Indonesia, Portugal dan Itali.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: