Jumaat, 30 Mac 2018

Cantiknya Lintah Laut,Telurnya Persis Kuntuman Mawar

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Cantiknya Lintah Laut,Telurnya Persis Kuntuman Mawar
LINTAH laut atau lebih dikenali sebagai Nudibranch adalah sejenis siput yang boleh dijumpai di terumbu karang.


Difahamkan terdapat lebih daripada 3,000 spesis nudibranch di dunia dan lebih dari 200 spesis boleh dijumpai di Malaysia.

Koordinator Reef Check Malaysia (RCM), Alvin Chelliah, berkata, apa yang unik mengenai haiwan ini adalah ia berwarna-warni dan ini menjadikannya antara haiwan kegemaran para penyelam skuba.

Menurutnya, kitaran hidup lintah laut adalah agak singkat dan jangka hayatnya jarang lebih daripada setahun manakala ada sesetengah spesisnya hidup dua hingga tiga bulan sahaja.

"Dalam masa yang singkat ini lintah laut perlu mencari makan, membesar dan membiak. Ia adalah haiwan karnivor iaitu memakan span, telur lintah laut lain dan sesetengah spesis juga akan kejar serta makan lintah laut yang lebih kecil daripadanya.

"Ia juga boleh makan hidroid, karang dan obor-obor yang berbisa tanpa diracuni, malah bisa dari mangsanya akan disimpan di dalam badannya sebagai perlindungan terhadap pemangsanya," katanya kepada Sinar Harian.

Telur lintah laut yang juga unik kerana ia berbentuk seperti sekuntum bunga mawar.

Alvin berkata, semua lintah laut adalah hermaprodit ataupun berkelamin ganda yang bermakna pada musim mengawan seekor lintah laut boleh menjadi betina atau jantan mengikut keadaan.

Katanya, semasa bertelur ia akan menyusun telurnya dalam bentuk linkaran yang kadang-kadang kelihatan seperti sekuntum bungar mawar.

"Lintah laut juga memainkan peranan ekologi yang penting dalam rantaian makanan laut, baik sebagai pemangsa dan mangsa," katanya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: