Isnin, 2 April 2018

Kamera Rakam Makhluk Di Rumah Paling 'Keras' Di UK .Anda Nampak??

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Kamera Rakam Makhluk Di Rumah Paling 'Keras' Di UK .Anda Nampak??
KEBANYAKAN pulau di Britain sememangnya dipenuhi dengan lokasi yang seram dan menakutkan, ditambah pula dengan cerita penampakan roh dan sebagainya.

Salah satu lokasi yang paling menyeramkan ialah kediaman keluarga nombor 30 di East Drive, Ponterfract, Yorkshire.

Di sebalik kediaman itu yang dibina pada era 1950-an, terselit satu kisah popular sejak zaman-berzaman - The Black Monk of Ponterfract (Sami Hitam Ponterfract).

Ghost Quest, pasukan penyiasat paranormal yang memburu hantu dengan perspektif skeptikal membuat penjelasan berdasarkan siasatannya.

Pasukan ini sebolehnya akan menghuraikan kejadian aneh menerusi penjelasan logik akal sebelum membuat andaian dan kesimpulan yang ia betul-betul misteri dan berhantu.

Di Yorkshire misalnya, pencarian mereka turut membawa ke lokasi sama iaitu nombor 30 East Drive.




-foto Ghost Quest

Apa sebenarnya yang tersembunyi di kediaman itu?

Mengikut cerita, 'hantu' sami itu mula mengganggu keluarga Pritchard sekitar 1960-an seperti merosakkan salib, menampar muka keluarga berkenaan dan menghasilkan bau-bauan yang tidak menyenangkan.

Malah, hantu itu juga sering mengenakan 'prank' kepada keluarga itu seperti mencurah susu dan sebagainya.

Namun, kekacauan itu bertambah dahsyat apabila hantu itu menarik anak perempuannya, Dianne, menaiki tangga ke tingkat atas sehingga meninggalkan kesan di leher.

Dianne juga kerap ditolak dari katilnya oleh makhluk berkenaan.

Ibu bapanya, Joe dan Jean turut menyaksikan kelibat menakutkan sami berpakaian hitam terbang di atas katil mereka.

Penyiasat paranormal, Tom Cuniff yang membuat kajian lanjut mendapati terdapat satu tiang gantungan berhadapan dengan rumah itu.

Jelasnya, sami itu yang hidup pada zaman pemerintahan Henry VIII telah digantung di situ atas kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan.

Penjelasan ini memberi gambaran mengapa hantu sami itu begitu obses terhadap anak perempuan mereka, Dianne.




-foto Ghost Quest

Sejak itu, sudah ramai penyiasat paranormal yang sering berkunjung ke lokasi itu.

Walaupun aktiviti pemujaan dan permainan papan ouija tidak dibenarkan, para penyiasat masih boleh merasa kehadiran makhluk berkenaan di situ.

Operator kamera berusia 24 tahun, Ben yang bekerja untuk Ghost Quest berkata, sudah bertahun dia memburu hantu.

Dia merumuskan memang makhluk halus ada berkeliaran di sekeliling manusia walaupun fizikal mereka sudah tiada setelah meninggal dunia.

"Rumah nombor 30 di East Drive ni adalah lokasi wajib untuk semua penyiasat dan pemburu hantu.

"Saya tertanya-tanya kenapa hantu itu begitu kuat di sini sehingga kami terpaksa menyiasat sejarah rumah ini dan tapaknya," ujar Ben.



-foto Ghost Quest

Antara pengalaman aneh yang dirasainya ialah gangguan bunyi seperti pintu diketuk dan bunyi tapak kaki.

Menerusi kamera khas SLS yang digunakannya, dia dapat melihat satu figura aneh sedang berjalan.




-foto Ghost Quest

Lebih menakutkan, makhluk itu berjalan menuju ke arahnya.

Sewaktu berada di sana, Ben menghabiskan masa tujuh jam berjalan di dalam rumah itu ketika teman penyiasatnya yang lain sedang tidur.

"Saya tak nak cakap rumah ni berhantu, tapi nak cakap tak berhantu pun tak betul juga.
"Yang pasti, memang ada sesuatu yang aneh dan menyeramkan di sini," jelasnya lagi.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: