Ahad, 15 April 2018

Pesawat Terbesar Dunia Mendarat Di Malaysia

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Pesawat Terbesar Dunia Mendarat Di Malaysia

Antonov An-225 Mriya selamat mendarat di KLIA pagi tadi.
SEPANG - Pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.10 pagi ini dalam penerbangan komersial sulungnya ke Malaysia setelah melalui kerja menaik taraf lebih setahun lepas.
Pesawat kargo gergasi Ukraine itu sebenarnya sudah tidak asing bagi KLIA kerana ia pernah mendarat sebanyak dua kali di sini iaitu pada tahun 2007 dan 2016 sebagai pesawat pengangkut barangan komersial.
Juruterbangnya, Antonov Dmytrov memberitahu Bernama bahawa Malaysia adalah tempat persinggahan ketiga pesawat itu selepas Leipzig, Jerman dan Dammam, Arab Saudi, bagi menghantar kargo berat.
Dmytrov, yang berpengalaman menerbangkan pesawat kargo selama 16 tahun berkata, pesawat bersama 24 anak kapal itu akan berada di sini selama tiga hari sebelum terbang semula ke Arab Saudi.
"Pesawat ini direhatkan di Kiev selama lebih setahun (bagi tujuan menaik taraf) dan kami terbang semula untuk kali pertama pada 3 April. Ini kali kedua saya menerbangkan pesawat  ini ke Malaysia," katanya. - Bernama
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: