Rabu, 7 Mac 2018

Peluang Miliki Rumah RM1.6 Juta Pada Harga RM27, Ini Caranya...

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Peluang Miliki Rumah RM1.6 Juta Pada Harga RM27, Ini Caranya...

HANYA dengan menjawab satu soalan mudah, anda berpeluang memenangi sebuah kediaman gaya Georgian yang ditawarkan pada harga £5 (RM27).

Pemilik rumah yang dilengkapi tiga bilik ini menawarkan hadiah berkenaan menerusi cabutan bertuah hasil kutipan amal.

Kediaman dua tingkat milik Kate dan Mark Nesbitt terletak di Plymouth, Devon.



Terletak di Lebuh Burnford, nilai pasarannya mencecah £300,000 (RM1.6juta), tetapi pasangan itu memilih untuk menjual hartanah itu secara rafel menerusi kutipan menderma dan memberi 10 peratus daripada keuntungan kepada dua badan kebajikan yang rapat dengan mereka.

Kaedah rafel itu adalah urusan jual beli bagi tujuan kutipan derma untuk disalurkan kepada badan kebajikan.

Jika harga yang diinginkan gagal diperoleh, hadiah wang tunai yang dikumpul selepas ditolak kos akan diberikan kepada pemenang apabila pasangan itu menyelesaikan urusan gadai janji hartanah itu.

Bagi memastikan anda memenangi kediaman ini, soalannya mudah sekali: Berapa usia hartanah ini? Apakah ia Edwardian, Georgian atau Victorian?



Kate memberitahu The Plymouth Herald: "Proses itu automatik dan kami tidak ada kawalan ke atasnya, tetapi diharap pemiliknya adalah seseorang yang tidak akan mampu membeli hartanah seperti ini.

"Ada yang menganggap kami pasangan gila kerana menawarkan rumah secara rafel dan mahu melakukan sesuatu untuk dua badan kebajikan tetapi kami tetap menganggap ia langkah terbaik."




Cabutan bertuah menerusi kutipan derma itu akan diadakan pada 30 April, bagaimanapun jika hasil sumbangan masih belum mencukupi mereka bercadang melanjutkannya kepada 25 Julai ini.

Pemenang akan dipilih menerusi mesin tiket berkomputer dan disiarkan secara langsung menerusi laman web dan dihadiri peguam.-TheSun

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: