Sabtu, 3 Mac 2018

Mana Lebih Selamat, Tiket Kelas Pertama Atau Ekonomi?

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Mana Lebih Selamat, Tiket Kelas Pertama Atau Ekonomi?
TERBANG dengan tiket kelas pertama pasti mempunyai faedah tetapi adakah ia lebih selamat berbanding kelas ekonomi?

Tiket kelas pertama menawarkan anda ruang tambahan yang lebih luas, penjagaan peribadi dan makanan yang lebih sedap dan banyak, tetapi persoalan sama tetap timbul, adakah ia juga lebih selamat?

Kerusi kelas pertama biasanya terletak di bahagian depan pesawat, lebih dekat dengan pintu keluar, tetapi sama ada keistimewaan ini mampu memberikan jaminan keselamatan ia masih belum terbukti.

Ketua Agensi Perlindungan Alam Sekitar di Amerika Syarikat Scott Pruitt berhujah bahawa ia lebih selamat.

Pegawai kerajaan itu berkata sejak tahun lalu, dia hanya terbang dengan kelas pertama kerana percaya ia adalah pilihan yang paling selamat di atas kapal.

Dia menjelaskan bahawa pasukan keselamatannya bertanggungjawab menguruskan tempahannya, yang mana mereka meletakkannya di tempat di mana mereka fikirkan paling baik dari perspektif keselamatan.




-foto Getty

Walau bagaimanapun, kenyataan ini tidak disokong oleh pakar keselamatan penerbangan.
Satu perkara melegakan untuk penumpang ekonomi, apabila seorang juruterbang sangat tidak setuju dengan pandangan ini.

Juruterbang bersara Chesley Sullenberger III, diberi penghargaan atas kemahirannya selepas mendaratkan pesawat Airbus A320 di Sungai Hudson pada tahun 2009 dengan selamat, tanpa sebarang kecederaan.

Dia kini merupakan pakar penerbangan dan keselamatan di agensi berita CBS dan memberitahu Washington Post 'kelas pertama bukan lebih selamat daripada ekonomi'.
Komen lanjut daripada pakar penerbangan lain menyokong kenyataan ini dengan menyatakan bahawa bahagian hadapan tentunya bukan tempat paling selamat di atas kapal.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Keselamatan Penerbangan Harro Ranter berkata: "Saya tidak dapat fikirkan apa-apa bahawa duduk di depan lebih selamat, dalam kemalangan sebenar, peluang terbaik untuk selamat biasanya di belakang."

Malah, kaji selidik terhadap kerusi paling selamat dalam pesawat selepas kemalangan mendedahkan terdapat peluang lebih tinggi untuk selamat di belakang.




-foto Getty

Menurut satu artikel dari TIME, laporan mendapati bahawa bahagian belakang pesawat itu mencatatkan kadar kematian 32 peratus, berbanding bahagian tengah 39 peratus dan bahagian depan dengan 38 peratus.

Laporan itu menunjukkan bahawa kerusi di lorong tengah mempunyai kadar kematian paling tinggi 44 peratus dengan kerusi tengah di bahagian belakang terbukti paling selamat dengan 28 peratus kematian.

Pakar penerbangan Martin Rottler menjelaskan bahawa duduk di depan bermakna anda tidak akan berdepan dengan ramai orang dan ini membantu memudahkan urusan keluar dan masuk.

Amat sukar untuk meramalkan apa yang berlaku apabila kapal terbang terhempas atau mana-mana 'kerusi yang selamat' tetapi dalam kejadian malang, kelas pertama tidak bermakna ia lebih selamat. -ExpressUK

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: