loading...
Loading...
Ini Posisi Tidur Terbaik Jika Terbang Kelas Ekonomi
JIKA anda pernah tidur terlentok atau tersengguk dalam penerbangan jarak jauh, anda tidak keseorangan.
Dalam satu kaji selidik, Skyscanner Australia telah bertanya kepada pelancong sama ada mereka mengalami kesukaran untuk tidur semasa penerbangan dan 79 peratus rakyat negara itu berkata 'ya'.
Untuk membantu penumpang tidur dengan selesa dalam penerbangan seterusnya, mereka telah mengumpulkan beberapa tips utama untuk tidur di atas kapal terbang, termasuklah dari segi posisi terbaik.
Posisi Tidur Terbaik Kelas Ekonomi
Masalah terbesar bagi 65 peratus penumpang yang ditinjau adalah mereka sukar untuk mencari posisi yang baik untuk tidur dengan selesa. Berikut adalah cadangan pakar.
1. Sandar!
Pernah tidur membongkok dan dengan kepala diletakkan atas meja makanan? Profesor ergonomik di Cornell University, Dr Alan Hedge berkata ia adalah posisi paling teruk untuk bahagian pinggang anda dan ke bawah. Sebaliknya, gunakan bantal perjalanan untuk tidur sambil berehat dengan cara bersandar ke belakang, atau di dinding jika anda duduk bahagian tepi tingkap.
2. Gunakan bantal perjalanan dengan betul
Guna bantal tapi kepala terlalu ke depan? Ubah kedudukan bantal perjalanan anda sehingga ia dapat menyokong dagu anda. Jika anda mengalami sakit pinggang, anda juga boleh meletakkan bantal perjalanan atau bantal lumbar. Bersandar atau duduk senget sedikit pada tempat letak lengan juga boleh mengurangkan tekanan pada tulang belakang.
3. Lepaskan kaki anda
Jangan silangkan kaki anda kerana ia bukan sahaja tidak baik untuk bahagian belakang anda tetapi boleh meningkatkan risiko darah beku dalam penerbangan jarak jauh disebabkan aliran darah yang terhad. Kiropraktor mencadangkan supaya kaki anda diluruskan, dengan lutut dibengkokkan sedikit.
4. Gunakan alat bantuan tidur kembung
Aksesori perjalanan lain yang disyorkan untuk mereka yang kerap terbang adalah tempat letak kaki kembung, yang sangat popular dalam kalangan ibu bapa yang sering membawa anak-anak.
Perlu diketahui bahawa setiap syarikat penerbangan mempunyai peraturan berbeza mengenai aksesori apa yang anda boleh dan tidak boleh guna di atas pesawat. Qantas pada tahun lepas mengumumkan bahawa kiub kembung, 'kotak tidur' dan 'tempat letak kaki gantung' dilarang dalam penerbangan, tetapi Virgin Australia tidak mempunyai sekatan sedemikian.
Sesetengah pesawat mempunyai tempat letak kaki dan tempat letak kaki gantung yang dipasang di tempat duduk, jadi periksa dengan syarikat penerbangan yang ditempah terlebih dahulu sebelum terbang. -news.com.au
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan