loading...
Loading...
Umpama mimpi indah ketika saksi keunikan muka bumi Iceland
ICELAND menjadi salah satu destinasi terkenal khususnya dalam bidang pelancongan. Kebanyakan pelancong yang melancong ke negara ini melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan keindahan dan kehebatan Iceland sebagai sebuah negara Artik yang semakin berkembang maju.
Penulis sering berhasrat untuk mengunjungi negara itu, namun masih tidak berkesempatan untuk mengunjunginya.
Kebanyakan pelancong berkata, Iceland terkenal dengan cahaya hijau yang dipanggil sebagai northern lights, menonton ikan-ikan paus berenang, menunggang kuda Iceland, menaiki kereta salji, mengembara dan banyak lagi tawaran hebat.
Selain itu, Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi hebat yang menawarkan satu pengembaraan mencabar.
Namun bagi penulis, salah satu tempat pelancongan yang paling ingin dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland iaitu Blue Lagoon. Tempat ini terkenal sebagai sebuah lagun yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Disebabkan itu, lagun ini juga dijadikan sebagai spa yang terhasil daripada sebuah loji jana kuasa geoterma yang terletak berdekatannya.
Namun jika dilihat, hampir kesemua kolam air panas di Iceland dihasilkan daripada teras bumi dan kini semakin berkembang sehingga menjadi salah satu tarikan pelancongan terbesar di negara itu.
Penulis akhirnya berpeluang melawat negara tersebut pada musim sejuk November tahun lepas.
Destinasi pertama kunjungan penulis sudah semestinya Blue Lagoon yang menawarkan perkhidmatan air panas untuk memanaskan badan, apatah lagi ketika berada dalam cuaca musim sejuk.
Lagun ini merupakan suatu keajaiban dan sesuai untuk kulit tubuh badan manusia dan sebagai tambahan, topeng lumpur silika turut disediakan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik dan diyakini.
Menaiki bas
Ketika berada di kawasan itu, suhu yang dicatatkan adalah 37 darjah Celsius, penulis juga berpeluang untuk mengambil beberapa keping foto lagun berkenaan yang ternyata indah dan menakjubkan.
Jika merancang untuk berkunjung ke kawasan ini, anda digalakkan untuk pergi lebih awal kerana ia sangat sibuk pada waktu siang.
Penulis telah pergi ke lagun tersebut tepat pada pukul 9 pagi dengan menggunakan bas ulang-alik iaitu kira-kira 50 minit dari Reykjavik.
Mengembara dengan menggunakan bas di negara itu adalah salah satu cara terbaik untuk menikmati keindahan Iceland yang segar dan mendamaikan.
Penduduk di Iceland dianggarkan sekitar sejuta orang dan kira-kira 120,000 penduduk mendiami ibu kota Reykjavik. Bagaimanapun, perniagaan dan sektor pelancongan tetap berkembang pesat selepas mengalami cabaran krisis kewangan.
Pada tahun 2017, kedatangan pelancong ke negara ini telah meningkat sebanyak 40 peratus, malah dijangka meningkat lagi pada tahun ini. Selain itu, kebanyakan hotel di Iceland menawarkan harga yang berpatutan walaupun Iceland terkenal sebagai sebuah negara yang mahal.
Sebagai seorang pelancong, penulis hanya menghabiskan sekitar 14 pound (RM76.30) untuk bekalan makanan sehari. Malah, bekalan air yang disalurkan juga amat baik di negara ini dan ia mampu memberikan bekalan air sepenuhnya kepada semua penduduk.
Sebagai sebuah negara yang semakin membangun, Iceland juga tidak ketinggalan menjadi destinasi persinggahan buat kapal-kapal setelah pelabuhan baharu dibina di negara tersebut.
Berikutan itu, kawasan tersebut kini dipenuhi restoran dengan tawaran makanan yang pelbagai dan juga hebat untuk dipilih orang oleh para pengunjung.
Walaupun mengalami perkembangan hebat, seni bina di bandar raya ini tidak begitu menarik, namun para pelancong masih dapat menikmati suasana bandar ini dengan berjalan-jalan di sekelilingnya bandar dan meneroka pusat-pusat bersejarah di negara ini.
Kolam panas
Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Selain mempunyai pemandangan yang dianggap biasa, namun disebabkan oleh keadaan alam sekitar Iceland yang menakjubkan, menjadikan pelancong tidak serik untuk mengunjungi negara ini.
Seterusnya, Iceland juga terkenal sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk bersnorkel.
Salah satu tarikan hebat, Air Terjun Gullfoss, merupakan air terjun tertinggi di Iceland dengan ketinggian 2,000 meter dari aras laut, malah air terjun ini sering menjadi lokasi untuk para pelancong melakukan aktiviti lasak dan sebagainya.
Bagi penulis, satu perkara yang dinanti-nantikan ialah untuk melihat fenomena cahaya northern lightsdan setiap pengendali pelancong sentiasa bersiap sedia membawa pelanggan menyaksikan fenomena alam itu.
Berdiri di atas suhu yang sejuk untuk melihat keindahan fenomena tersebut, penulis sangat bertuah kerana berpeluang menyaksikannya.
Apa yang pasti, memang banyak tarikan di Iceland walaupun sebelum ini, negara tersebut hanya sebuah negara gunung berapi yang kurang tarikan. Pada hari ini, ia merupakan sebuah negara yang terkenal dalam industri pelancongan.
Sesetengah penduduk berkata, jangan ambil sesuatu daripada kami mahupun tinggalkan apa pun di sini. Namun bagi penulis, Iceland tetap meninggalkan satu kenangan yang terindah dan menarik dalam diri.
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan