Sabtu, 2 Jun 2018

Selepas Tular...Lelaki Ugut Bvnuh Tun M Tampil Beri Kenyataan

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Selepas Tular...Lelaki Ugut Bvnuh Tun M Tampil Beri Kenyataan
KUALA LUMPUR: Tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Jumaat membuat laporan polis menggesa tindakan diambil terhadap individu yang dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman sosial Facebook (FB).
Laporan polis tersebut dibuat oleh wakil NGO diketuai Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, tengah hari tadi.

Abdul Rani berkata perbuatan pemilik akaun FB yang menggunakan nama ‘Ayahanda Fadzley Mohd Yusof’ itu jelas menggambarkan perbuatan tidak bertanggungjawab yang mengaitkan persatuan NGO dalam ugutan itu.

NGO lain ialah Kesatuan Melayu National, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm), Akhlak Rahsia Cekal (ARC), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Refomis dan Kipidap.

“Semalam, dalam satu kenyataan di FB, netizen tersebut mengugut mahu menembak Tun (Dr Mahathir), selain menyatakan hampir 2,000 ahli persatuan NGO seperti Persatuan Ayahanda akan berhimpun di Dataran Merdeka di sini sebagai satu protes menentang kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya mewakili NGO lain ingin menegaskan bahawa kami tidak terbabit seperti dakwaan individu itu. Kami menyokong sepenuhnya kerajaan semasa kerana negara kita merupakan negara berdemokrasi dan setiap keputusan adalah pilihan rakyat sendiri, jadi hormati keputusan itu,” katanya.

Abdul Rani berkata pihaknya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit, bagi membendung gejala yang boleh menjejaskan keharmonian negara ini. – Bernama


TERKINI LELAKI YANG UGUT BUNUH TUN MAHATHIR TAMPIL BERI KENYATAAN


Selepas tular dilaman sosial 7 NGO buat laporan polis , Lelaki tersebut telah hadir di balai polis dan membuat laporan polis serta menafikan bahawa beliau tidak pernah melakukan ugutan tersebut ikuti video penuh
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: