Sabtu, 2 Jun 2018

Raya Dah Dekat,Azmin Ali Kemas Rumah

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Raya Dah Dekat,Azmin Ali Kemas Rumah

SHAH ALAM - Meski menggalas dua tugas sebagai Menteri Besar dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi namun ia bukanlah penghalang kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengemas rumahnya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dua minggu lagi.

Dalam paparan skrin yang dikongsikan di akaun laman Facebook miliknya, Mohamed Azmin memberitahu gambar itu awalnya dikongsikan anaknya di akaun Twitter.

“Kadangkala saya berehat dari ‘membersihkan’ kerajaan untuk membersihkan  rumah sendiri. Bila saya tak sedar, anak saya muat naik gambar di Twitter’ miliknya,” tulisnya di akaun Facebook miliknya.

Terpapar gambar Mohamed Azmin sibuk membersihkan kasut dan menyedut habuk menggunakan penyedut hampagas.

Dalam pada itu, status tersebut menerima hampir 4,000 emoji, ratusan komen serta perkongsian.

Netizen, Razak Bakar menerusi ruangan komen berkata, MB letak standard terlalu tingggi.
“Bini kita pun nak suami macam ini,”katanya.

Seorang lagi pelayar Facebook, Wan Hanisah Wan Semah berkata, ia contoh kepimpinan yang baik.

“Tahniah DSAA, contoh yang baik sebagai seorang pemimpin, ketua keluarga….terbaik,” katanya.

Baram Jad pula menerusi ruangan komen berkata inilah contoh seorang manusia yang beretika.


“YB mengemas rumahnya seterusnya YB akan membersihkan negara sekali. YB memang seorang yang perlu dicontohi dan semoga beliau dapat membersihkan segala kotoran yang telah menjejaskan ekonomi negara,” katanya.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: