Isnin, 4 Jun 2018

Kerana Mulut Tempayan,Wanita Ini Tidak Di Jemput KeMajlis Perkahwinan Meghan Dan Harry

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Kerana Mulut Tempayan,Wanita Ini Tidak Di Jemput KeMajlis Perkahwinan Meghan Dan Harry

PUTERA Harry dilaporkan telah melarang isterinya, Meghan Markle supaya tidak menjemput rakan baiknya, Millie Mackintosh ke majlis perkahwinan mereka gara-gara mulut tempayan wanita itu.

Peminat yakin Millie antara muka-muka terkenal yang akan menghadiri majlis perkahwinan diraja itu kerana dia bersahabat baik dengan Meghan sejak 2015, setahun sebelum Meghan bertemu Harry.

Millie merupakan bekas bintang realiti TV yang dikenali menerusi rancangan televisyen Made In Chelsea.

"Putera Harry percaya dia (Millie) mulut tempayan dan tidak patut hadir pada majlis penting mereka.

"Putera Harry jarang memberitahu Meghan apa yang perlu dilakukan tapi kali ini, dia tegas dengan pendiriannya terhadap Millie," kata sumber kepada Mail.



Difahamkan Meghan dan Millie berkawan rapat selepas diperkenalkan melalui rakan mereka ketika sedang cuti bersama-sama.

Tapi kini Meghan sudah memadam akaun Instagram miliknya yang sebelum ini mengandungi gambar dia dan Millie sedang mengayuh basikal bersama-sama ketika bercuti di Soho Farmhouse, Oxfordshire yang terletak di The Cotswolds

Gambar itu ditulis dengan kapsyen: "Petang yang indah bersama @milliemackintoshofficial - amat bangga dengan anda, sayang".

Nampaknya Millie sekadar menonton majlis perkahwinan diraja rakan baiknya itu menerusi siaran langsung di televisyen.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: