Jumaat, 1 Jun 2018

Hidupkan Kembali Suasana Hari Raya Dengan 5 Dekorasi Ini

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Hidupkan Kembali Suasana Hari Raya Dengan 5 Dekorasi Ini
Rasanya sambutan Aidilfitri zaman kita kanak-kanak dahulu lebih meriah kan? Mungkin peredaran zaman yang banyak mempengaruhi keadaan semasa umpanya…

tiada lagi istilah pemberian kad ucapan hari raya bahkan, ada pula jenis keluarga yang memilih untuk melancong dan sambut Aidilfitri di luar negara daripada beraya di kampung. 

Sedikit sebanyak, kita hendaklah mengekalkan tradisi supaya generasi baharu juga dapat merasakan kemeriahan Syawal yang sebenar. Sudahlah kebanyakan kampung halaman kita pada hari ini berlatarkan kawasan bandar moden yang lari daripada suasana kampung. Untuk ini ini Wanista cadangkan lima cara mendekorasi rumah untuk kembalikan memori seperti beraya di halaman kampung.

#1 Kad Raya

Ingat lagi dulu-dulu kalau musim nak dekat raya gigih jalan kaki balik dari sekolah mesti singgah tong pos Malaysia yang ada kat tepi-tepi jalan. Semangat tau nak kirim kad raya kat kawan-kawan dan dalam masa yang sama tak sabar juga nak dapat kad raya. Masa tu, siapa yang dapat kad raya paling banyak kira paling popularlah hehe.


Sumber: zoolzarizi.com

Bila dah dapat kad raya, mesti akan gantung kat dinding. Korang buat macam tu lagi tak? Mungkin raya tahun ni boleh buat. Lekat pada bahagian dinding utama dalam rumah,confirm dapat pujian dariapda tetamu nanti! Alang-alang boleh jadi background untuk foto-foto Hari Raya.

#2 Lampu Kelip-Kelip

Agak sukar untuk lihat orang zaman sekarang pasang lampu kelip-kelip ni. Kalau dulu bukan main meriah, masing-masing berlumba gantung dan pasangan lampu ni. Jadi apa kata tahun ni, pakatlah beli lampu kelip-kelip dan gantung keliling rumah. 


Sumber: republika.co.id

#3 Pelita 

Biarpun berada di bandar, kita mungkin boleh adaptasi tradisi Malam Tujuh Likur yang biasanya dibuat di kampung-kampung. Malam Tujuh Likur adalah tujuh malam terakhir sebelum raya. Waktu itulah semua rumah-rumah di keliling kampung akan dimeriahkan dengan cara lampu serta pelita di tepi-tepi jalan bagi mewujudkan rasa keterujaan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.


Sumber: terbakor.com

Menurut sumber, ada juga yang kata budaya ini asalnya untuk memudahkan orang ke masjid pada 10 malam terakhir untuk mengejar Lailatulqadr. Hmm, mungkin kamu dan kawasan kejiranan kamu boleh wujudkan kembali suasana begitu.

#4 Ketupat Riben

Dulu-dulu ramai”mak-mak” dan anak dara berkumpul menganyam riben untuk gantikan daun kelapa. Boleh guna riben jenis plastik pelbagai warna dan saiz, lalu anyam seperti biasa untuk hasilkan kelongsong ketupat cantik. Nanti, bolehlah gantung pada tiang rumah, pagar, tanggamahupun dilekatkan pada dinding menemani susunan kad raya tadi.


Sumber: Pinterest

BONUS!
Memandangkan budak-budak zaman sekarang asyik bergantung kepada internet semata untuk mendapatkan hiburan. Sebelum mereka minta kata laluan wifi rumah kamu, ada baiknya kamusediakan permainan sampingan untuk mereka cuba di suatu sudut seperti congkak, guli, gasing, batu seremban dan lain-lain. 


Sumber: blogspot/neenaanuar

Selamat membuat persiapan Aidilfitri!
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: