Isnin, 4 Jun 2018

4 Individu Berpakaian Tradisi Melayu Kunjungi Rumah Najib..Aikkk??Siapa??

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
4 Individu Berpakaian Tradisi Melayu Kunjungi Rumah Najib..Aikkk??Siapa??

Kereta BMW berwarna hitam dipercayai dinaiki adik lelaki kepada Datuk Seri Najib Razak tiba di rumah bekas perdana menteri itu di Taman Duta, Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 pagi hari ini.
Lapor Malay Mail, antara individu yang berada dalam kereta itu menurut pengawal keselamatan ialah Datuk Ahmad Johari Razak, anak kedua daripada lima anak kepada Tun Abdul Razak Hussein.
Selain itu, kediaman bekas Pengerusi BN itu juga didatangi empat anggota Umno yang dilihat berpakaian tradisional Melayu.
Mereka bagaimanapun enggan memberikan nama apabila didekati pemberita sebaliknya hanya mengatakan ingin mengucapkan terima kasih kepada Najib sepanjang berkhidmat sebagai perdana menteri.
“Beliau banyak beri sumbangan kepada negara, terutamanya dalam bidang seni, kami datang ke sini untuk mengucapkan terima kasih kepadanya,” kata salah seorang daripada mereka. – Malaysia Dateline
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: