Sabtu, 2 Jun 2018

Bonda Sultan Johor Mangkat Di Kota London.Kenali Personaliti Beliau Ketika Hayatnya

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan Yang Amat Mulia Enche Besar Hajah Kalsom Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 1hb Jun 2018. Al-Fatihah.



PERSONALITI kali ini akan menampilkan kisah Bonda Sultan Johor iaitu Yang Amat Mulia Enche Besar Johor Hajah Khalsom Binti Abdullah,D.K.1(Johor). 


Tentu ramai daripada kita langsung tidak mengenali siapakah wanita kelahiran England ini.

Pasti ramai menyangka yang DYMM Sultan Johor sekarang Sultan Ibrahim merupakan anakanda kepada YAM Tunku Puan Zanariah.Tetapi tidak.Bonda Sultan Johor merupakan seorang wanita Mat Salleh.

Selama ini bonda Sultan Ibrahim bermastautin di England.Setelah berpuluh tahun berlalu,baru kini Enche Khalsum kembali ke Malaysia.


Dilahirkan sebagai Josephine Ruby Trevorrow atau Josephine Trevorrow pada 2 Disember 1935 di Cornwall ,England.Beliau merupakan seorang rakyat Britain,Etnik Torquay.Ayah beliau adalah Encik Reginald Terverrow,seorang pengeluar tekstil di Cornwall.

Beliau merupakan isteri pertama kepada Almarhum DYMM Sultan Iskandar.Enche Besar Khalsom mengenali Sultan Iskandar ketika Almarhum melanjutkan pelajaran di England.

Beliau akhirnya memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Sultan Iskandar pada 5 Januari 1956.Istiadat perkahwinan beliau diadakan di Istana Bukit Stulang Johor Bahru.

Beliau menukar namanya kepada Khalsom Binti Abdullah.Jodoh pasangan ini tidak panjang.

Setelah 6 tahun berkahwinan mereka bercerai pada 9 Jun 1962 di Johor Bahru.

Setelah bercerai,beliau terus pulang ke England dan menetap di sana.Enche Besar Khalsom sempat bermadu dengan YAM Tunku Puan Zanariah selama setahun setelah Sultan Iskandar mengahwini Tunku Puan Zanariah pada tahun 1961.


Enche Besar Khalsom melahirkan seorang putera dan 3 orang puteri untuk Sultan Iskandar.Satu-satunya putera beliau iaitu DYMM Sultan Ibrahim menaiki takhta Johor setelah kemangkatan Sultan Iskandar pada tahun 2010.

Puteri-puteri beliau pula terdiri daripada YAM Tengku Puan Panglima Diraja Selangor,Tunku Kamariah Aminah,YAM Tunku Besar Zabedah dan juga KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Semasa menjadi isteri Sultan Iskandar,Enche Besar Khalsom pernah memegang jawatan penting dalam beberapa pertubuhan.Antaranya Presiden Persatuan Perancang Keluarga Johor Bahru (1960-1962) dan juga Pengarah Persatuan Bulan Sabit Merah Johor (1959-1962).


Setelah 48 tahun meninggalkan Malaysia,akhirnya Enche Besar Khalsom telah kembali ke Malaysia untuk menziarahi Makam Almarhum Sultan Iskandar yang mangkat tahun 2010.

Suasana pilu menyelubungi seleruh kerabat diraja Johor pada ketika itu.Setelah anakanda beliau Sultan Ibrahim menaiki takhta,beliau telah dikurniakan gelaran Enche Besar dengan panggilan hormat Yang Amat Mulia pada 22 November 2010.

Sempena ulang tahun keputeraan Sultan Ibrahim ke 52,Enche Besar Khalsom telah dianugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK 1).Kini beliau yang telah berusia 75 tahun menetap di Johor.Beliau sering mengiringi Sultan Ibrahim ke majlis-majlis.Semoga beliau diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT.


Bersama Ayahanda Saudara Sultan Ibrahim,YAM Tunku Tan Sri Osman.

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: