Isnin, 4 Jun 2018

“Boleh Jadi Lagu World Cup 2018!” – Lagu Raya DSV Trending, Cecah 406k Tontonan Dalam 3 Hari!

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
“Boleh Jadi Lagu World Cup 2018!” – Lagu Raya DSV Trending, Cecah 406k Tontonan Dalam 3 Hari!
SETELAH single pertamanya, I Am Me berjaya menarik perhatian ramai, jutawan kosmatik terkenal, Datuk Seri Vida kembali dengan buah tangan terbaharunya.

Bagaiamanapun, Vida kali ini tampil dengan sebuah lagu raya,  Lavida Raya sempena sambuatan Aidilfitri yang bakal diraikan dua minggu lagi.

Lagu yang berentak rancak ini telahpun dilancarkan menerusi saluran YouTube semalam.

Menurut Vida, meskipun kos pembikinan muzik video untuk single kali ni tidak semahal single pertamanya, namun ia sangat istimewa kerana ia dirakamkan di rumahnya sendiri dengan penglibatan anak-anak serta kenalannya.

“Saya memilih genre yang lebih ‘catchy‘ supaya lagu ini akan menceriakan suasana Hati raya semua peminat saya di seluruh negara dan semua peminat serta orang ramai boleh menari bersama selepas melihat muzik video lagu itu.

“Pembikinan muzik video itu dibuat di rumah saya sehari sebelum 1 Ramadan dan kebanyakan gaya tarian dalam muzik video itu adalah hasil idea Cik B (anak) dan saya sendiri,” katanya kepada sebuah portal hiburan.

Sempena pelancaran lagu raya ini juga, Vida juga berhasrat untuk memberikan duit raya dan barangan peribadinya sebagai buat peminat dan pengikut setianya.

Berikutan itu Vida mengadakan cabaran Lavida Raya, di mana setiap mereka yang menyertainya perlu berkongsin muzik video single tersebut dengan #lavidaraya di akaun media sosial masing-masing. Pemenang akan dipilih berdasarkan komen terbaik yang disertakan pada penyertaan tersebut.

“Saya akan memberikan hadiah RM100 serta barangan peribadi saya seperti kasut, beg tangan dan pakaian setiap hari selama seminggu kepada peminat-peminat saya,” katanya.
Lavida Raya merupakan lagu ciptaan Cat Farish dan lirik tulisan Mohd Hilmi. Difahamkan sehingga kini, muzik video tersebut sudah menerima lebih 112,000 tontonan.

Kurang 72 jam sejak ia dimuat naik menerusi YouTube, lagu Lavida Raya nyanyian usahawan kosmetik bergelar selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) berjaya meraih jumlah tontonan melebihi 400,000 kali.

Sekali gus, ia menjadi antara muzik video tempatan paling trending ketika ini!
Lakaran jaya yang dilakukan ahli perniagaan tersebut sepertinya mengimbau kembali fenomena sama menerusi single sulungnya, I Am Me.

Menerusi pemerhatian yang dibuat, rata-rata netiezen senang dengan lagu berkenaan yang disimpulkan menerusi 22,000 tanda suka yang diterima muzik video terbabit yang dimuat naik di salurannya sendiri, DSV Entertaiment.

Lebih melucukan, ada di antara netizen yang memberi reaksi lagu tersebut boleh dijadikan sebagai lagu tema Piala Dunia tahun ini!

Sementara itu, muzik video yang dijalankan di kediamannya di Ipoh, Perak turut menampilkan para pekerja dan dua anaknya.

Foto: Carian Google
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: