loading...
Loading...
Di Bayangi Anwar...Wan Azizah Tak Ada Tokoh Jadi TPM Kata Aktivis Wanita
KUALA LUMPUR – Aktivis wanita, Asiah Abd Jalil menyifatkan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak mempunyai ketokohan sebagai pemimpin negara.
Asiah melalui laman Facebooknya berkata, walaupun menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri namun Wan Azizah dilihat sering dibayangi pengaruh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bila saya melihat Wan Azizah, saya mula faham kenapa ramai ulama’ begitu skeptikal dalam perihal melantik wanita sebagai pemimpin. Sebab seorang wanita, biar setinggi mana pun jawatannya, masih terpaksa tunduk kepada suami dan berada di bawah bayang-bayang suaminya saja.
“Saya rasa melantik seorang wanita seperti Wan Azizah sebagai TPM wanita pertama di Malaysia hanyalah satu sindiran kepada feminism,” katanya.
Menurutnya lagi, sehingga kini Wan Azizah yang juga merupakan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga masih belum menunjukkan sebarang kebolehan yang boleh dibanggakan.
“Adakah kita patut berbangga sebab buat pertama kalinya kita ada TPM wanita? Tidak sama sekali.
“Saya dah cakap tentang hal ni dalam komen-komen saya, sejak hari pertama selepas perlantikan TPM, masa itu dia tengah sibuk nak sambut suami balik rumah.
“Okaylah, kita tunggu dan lihat, (tapi) ali-alih dah tiga minggu pegang jawatan pun, belum ada apa-apa yang wow untuk diperkatakan. Okaylah, kita tunggu dan lihat lagi,” bidasnya lagi.
Terdahulu peguam kontroversi Siti Zabedah Kasim turut dilihat membidas Wan Azizah yang disifatkan sebagai boneka.
“Anwar, tolong bagi ruang seketika (kerana) isteri anda adalah TPM. (Kepada) Wan Azizah, berkelakuan seperti seorang Timbalan Perdana Menteri (ketika menjalankan tugasan rasmi) dan bukan sebagai seorang isteri.
“Duduk sahaja di rumah jika itu yang kamu mahu (kerana) politik bukan tempat anda,” bidasnya sambil memuatnaik gambar Azizah yang sedang asyik mendengar perbualan Anwar bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi. – SuaraTV
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan