Jumaat, 24 November 2017

VIDEO EKSLUSIF MAJLIS PERTUNANGAN FATTAH AMIN & FAZURA..TERSEBAR

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
VIDEO EKSLUSIF MAJLIS PERTUNANGAN FATTAH AMIN & FAZURA..TERSEBAR

KUALA LUMPUR: “Saya nampak masa depan saya di mata Fattah,” itu yang diucapkan Nur Fazura berhubung hubungannya dengan Fattah Amin.

Mengakui sikapnya yang degil dan terlalu mementingkan kerjaya, ajakan Fattah untuk menghalalkan hubungan mereka pernah dipandang sepi Fazura.

“Saya berfikir panjang tentang hubungan saya dengan Fattah tetapi apabila dia hantar keluarga untuk merisik, hati saya terbuka untuk menerimanya,” kata aktres yang berusia 34 tahun itu.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, bagaimanapun kesal dengan laporan-laporan yang disifatkan kurang beretika oleh beberapa media tentang hubungan mereka.

“Kita masyarakat Timur, jadi saya merasakan tindakan seperti menyebarkan gambar-gambar rumah keluarga saya sangat tidak patut dilakukan.

“Apapun saya hargai kesabaran semua pihak menunggu kami balik dari mengerjakan umrah,” kata Fazura.

Fattah, 27 tahun memberitahu, keputusan merahsiakan pertunangan mereka adalah keputusan yang diambil bersama keluarga.

“Kami mahu fokus kepada ibadah umrah. Jika berita pertunangan ini diumumkan ketika itu, mungkin tumpuan kami akan terganggu,” katanya.

Pasangan itu yang mula rapat selepas terbabit dalam drama Hero Seorang Cinderella  mengumumkan sudah bertunang 13 November lalu dua hari sebelum berlepas ke Mekah.
Sementara itu, tinjauan Mingguan Malaysia mendapati banyak pihak telah memberikan restu kepada ‘pernikahan’ pasangan ini dan menganggap ia adalah satu kejayaan yang baik dalam hubungan cinta mereka.

Rata-rata peminat Fattah dan Fazura mendoakan agar rumah tangga yang dibina mampu memberi kebahagiaan dan rahmat yang berpanjangan kepada kedua-duanya selepas ini.
Fattah dan Fazura dipertemukan dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella pada awal tahun lalu, dan semenjak itu banyak peminat mengharapkan mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih dan berkahwin.

Dalam pertemuan untuk sesi fotografi akhbar sisipan Pancaindera Mingguan Malaysia sebelum ini, Fazura pernah memberitahu penulis bahawa dia bersedia seandainya Fattah adalah lelaki yang dijodohkan oleh Allah SWT dengan dirinya.

Buat masa ini, tarikh pernikahan belum ditetapkan namun dirancang akan dilangsungkan dalam masa terdekat.

VIDEO :
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: