Ahad, 26 November 2017

Kenali Singh dalam filem P Ramlee

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Kenali Singh dalam filem P Ramlee

“Lu punya nasib lu makan. Dia punya nasib dia makan. Apa salah ke makan sama-sama”. – Seniman Bujang Lapok
Itulah bait-bait dialog salah satu babak di dalam filem Seniman Bujang Lapok arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee pada tahun 1961. Tetapi tahu kah anda siapakah gerangan pelakon tambahan berbangsa Singh yang melafaskan dialog itu? Individu yang berbangsa Singh yang kita semua boleh lihat di dalam filem itu bernama Pritam Singh.
Beliau bukannya seorang pelakon, tetapi beliau bekerja sebagai pengawal dengan syarikat Shaw Brothers untuk mengawal laluan ke pintu masuk di studio Jalan Ampas. P.Ramlee telah memberi peluang kepada beliau melakonkan beberapa babak di dalam filem itu. 
Ternyata lakonan dan dialog beliau masih diingati oleh para penonton generasi kini apabila menonton filem ini. Seniman Bujang Lapok adalah satu-satunya filem yang dilakonkan oleh Pritam Singh. 
Beliau masih setia bertugas sebagai pengawal di studio itu sehingga tahun 1980-an, walaupun studio Jalan Ampas sudah menutup operasinya pada tahun 1967.

Kalau Pritam Singh hanya berlakon di dalam filem Seniman Bujang Lapok sahaja, jadi siapa pelakon berbangsa Singh yang berlakon di dalam filem Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Madu Tiga dan beberapa lagi filem-filem arahan P.Ramlee.
 Sebenarnya di zaman kegemilangan filem Melayu era studio Jalan Ampas, ada tiga orang pelakon tambahan yang berbangsa Singh dikatakan kerap muncul sebagai watak sampingan, lebih-lebih lagi di dalam filem arahan P.Ramlee. 
Pelakon berbangsa Singh itu ialah Sarawan Singh dan Sarban Singh. Disini saya lampirkan imej bergambar ketiga-tiga pelakon tambahan berbangsa Singh ini serta senarai filem yang mereka lakonkan.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: