Khamis, 2 November 2017

“Tidak perlu sebut nama allahyarham . Saya tidak suka” – Datuk Ziela Jalil

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
“Tidak perlu sebut nama allahyarham . Saya tidak suka” – Datuk Ziela Jalil

“Tidak perlu sebut nama allahyarham atau kaitkan beliau. Saya tidak suka” – Datuk Ziela Jalil berharap nama arwah suaminya, Tan Sri Megat Junid tidak dikaitkan dengan isu politik semasa

Penerbit itu berkata nama bekas menteri itu, dan orang kanan Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak perlu dikaitkan kerana arwah tidak dapat mempertahankan diri.

“Tidak perlu sebut nama allahyarham atau kaitkan beliau. Saya tidak suka kerana beliau tidak ada di sini untuk membela diri atau membetulkan kenyataan itu,” katanya kepada ProjekMMO.

Pelakon itu diminta mengulas kenyataan anak lelaki Megat yang mendedahkan bapanya menjadi orang tengah pertemuan di antara Dr Mahathir dan George W Bush.

Megat Fairouz Junaidi bulan lalu dilaporkan berkata bapanya membantu pertemuan bekas perdana menteri dengan bekas presiden Amerika Syarikat itu pada 2002.

Ziela tidak fikir isu wang jutaan ringgit dalam lobi untuk pertemuan dua ahli politik itu diungkitkan kerana sejarah membuktikan Megat Junid seorang yang setia pada pemimpin.  
“Allahyarham suatu ketika dahulu bekerja di bawah Dr Mahathir dan [perdana menteri itu] merupakan bos kesayangannya. Jadi kita berpegang di situ.

“Soal siapa betul atau salah, tidak perlu membabitkan namanya. Apa yang beliau buat sewaktu bekerja dengan Dr Mahathir, beliau tahu perkara yang sepatutnya dibuat,” katanya.
Megat Fairouz Junaidi anak sulung pemimpin Umno itu daripada isterinya yang pertama. Sementara Megat Junid dikurnia dua anak dengan Ziela, yang sulung baru bergelar doktor.

Ziela Jalil tidak melarang, tetapi tidak juga menggalakkan, anak-anaknya mengikut jejak arwah bapa mereka terlibat dengan politik. — Foto oleh Yusof Mat IsaDitanya sama ada anak-anaknya nanti dibenarkan turut menceburi politik, Ziela berkata mereka, kini 24 dan 22 tahun, berhak memilih kerjaya yang diidamkan.


“Saya tidak halang cuma saya tidak galakkan [sertai politik]. Saya mahu mereka mengutamakan pelajaran kerana itu lebih utama,” katanya, pemilik produksi Pena Creative Pictures.

“Masa depan, kita tidak boleh ramal. Kalau mereka terlibat dengan politik, apa yang mereka sukalah asalkan tidak terlibat dengan perkara sensitif.”

Diminta mengulas isunya dengan sebuah akhbar berhubung dakwaan membeli tudung ribuan ringgit, katanya  dakwaan itu sudah dinafikan dan tidak perlu diperbesar-besarkan lagi.

“Jadi isu ini bila saya tidak puas hati, saya luahkan, saya hanya marah wartawan dan pengarang tetapi tidaklah [marah] kepada syarikat sampai saman-menyaman.
“Dalam industri ini, kita kena tolak ansur. Benda yang boleh selesai, tidak perlulah untuk saman. Saya bukan kaki saman seperti si polan,” katanya, tanpa menjelaskan siapa si polan itu.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: