Rabu, 1 November 2017

"Ada 'Orang' Tarik Kaki Dia, Sebab Tu Tak Henti-Henti Menangis,"

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
"Ada 'Orang' Tarik Kaki Dia, Sebab Tu Tak Henti-Henti Menangis,"

Dipetik dari laman facebook Puan Sarah Hussin, beliau telah berkongsi kisah yang telah berlaku terhadap anak perempuannya yang dikatakan sering diganggu oleh "seseorang" ketika berada di rumah sehingga mengakibatkan anaknya sering menangis.

Selepas membawa anaknya pergi berubat, barulah beliau sedar apakah punca disebalik masalah ini.

Jom sama-sama kita baca.

Assalamualaikum ibu-ibu semua . Ini kes anak saya safiyyah beberapa bulan lepas. Semoga menjadi iktibar.

Masa tu piyyah tidur pukull 8. Lepas tidur kan piyyah terus pergi dapur nak makan. Baru ja nak suap nasi piyyah merengek lepastu nangis. Terus pergi kat dia. Masatu piyyah nangis tak bukak mata. Dalam hati dah terdetik mesti ada something wrong ni.

Nangis kuat sangat masa tu. Dari mama dukung,papa dukung sampai abang iman agah-agah pon tak jalan. Dari jam 8.30pm-10pm. Mula mula syak dia kembung perut. Dah sapu minyak angin kat perut ,kaki ,betis ,tapak kaki. Tetap sama. Nangis kuat jugak. Makin kuat.

Tapi apa yangg mama perasan, piyyah nangis dalam tidur. Tak buka mata. Bila mama kejut , dia bukak mata lepastu tutup mata semula..ibarat piyyah mengantuk sangat.


Disebabkan dah habis buntu masa tu. Rafi terus call mak dy ajak pergi berubat. Jam 10.30pm. Lalu dekat tempat yang agak gelap. Sepanjang jalan buka ayat Al Quran. Tapi masa piyyah dalam kereta dia tak nangis pon. Tidur elok je.

Sampai rumah pakcik tu. Pakcik Hussin baca ayat Al Quran , sapu badan piyyah dengan air yang dia bacakan tu. Piyyah memang dah tak nangis lagi .



Pakcik tu cakap ada "orang" tarik-tarik kaki piyyah. Patutlah piyyah nangis tapi kaki dy macam menyepak nyepak..ibarat ada sesuatu kat kaki dia. Masa mama pegang kaki piyyah pon piyyah sepak-sepak tangan mama.

Dalam otak terus pikir apalah yang aku buat gn piyyah harini. Baru teringat. Hari tu khamis malam jumaat. Mama ada bawak piyyah jalan-jalan depan rumah. Masa tu hari tak elok. Nak hujan, angin kuat. Lepastu abang iman ajak main pop pop kat luar. .

Masa iman main tu ,.pukul 6.30pm angin kuat ..mama leka duduk kat luar rumah dengan angin yang kuat. Maaf piyyah.

Masa tidur kan piyyah mama lupa nak pasang ayat Al Quran sebelah piyyah. Rasa haritu banyak sangat leka sampai semua benda lupa. Soryy piyyah.

Sebelum balik tu, pakcik tu ada pesan. Benda tu dah tak ada. Tapi dia tak jamin kalau balik nanti 'benda' tu datang balik. .

Berderauuuuu okkk.

Lepas balik piyyah ok je. Susu dan tidur. Tapi pukul 1 pagi piyyah nangis lagi. Sama macam tadi. Terus rasa macam nak nangis masa tu. Banyak salah mama buat hari ni sampai piyyah kena macam ni. Ambil air pakcik tu bg, usap muka piyyah sambil selawat dan mintak perlindungan Allah. .

Alhamdulillah piyyah nangis kejap je.
Sejak hari tu mmg tak bawa piyyah jalan mana-mana lepas jam 6. Tepat pukul 6.30pm pintu dan tingkap wajip TUTUP ! Tak nak hal yang sama berulang.

Dan bila di fikir fikir mungkin ini lah yang selalu di sebut sebut orang iaitu Ummu Syibyan. Selama ni selalu baca tentang Ummu Syibyan ni tapi tak sangka boleh kena kat piyyah.
Mmg kena ambil langkah berhati hati lepas ni.

1.Lafazkan ASSALAMUALAIKUM dan BISMALLAH sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yang memecahbelahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita.

Lebih bagus bagi salam setiap kali masuk ke mana-mana pintu kecuali bilik air sebab itu adalah tempat lepak syaitan. So tak payah bagi salam, cuma kena baca doa minta Allah lindungi kita dari gangguan syaitan.

2.Lazimi membaca dan memasang ayat suci Al-Quran dalam rumah

3.Gunakan semua bilik yang ada dalam rumah, jangan biar satu satu bilik kosong lama-lama

4.Tutup tong sampah dan jangan biar sampah berteraburan especially tulang temulang sebab itu adalah makanan jin.

5.Sebelum maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam-malam elakkan buka pintu atau tingkap sebab angin malam tak elok untuk tubuh badan dan kebiasaannya sihir dihantar menggunakan jin dan angin merupakan kenderaan jin.

6.Angkat pakaian di ampaian sebelum maghrib, ini semua ada kaitan dengan sihir melaui angin. Sebab tu sesetengah alim ulama akan basuh semula pakaian yang terdampar pada waktu maghrib ke atas.

7.Kalau orang yang sedang tidur mengigau, sentuh dan kejutkan dia. Kejut lembut lembut tau, jangan kasar-kasar.

8.Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur terlentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kena letak bawah kepala, jangan lepaskan ke atas bantal.

9.Bagi rumah yang pintu-pintu nya berhadapan dengan pintu-pintu lain, tutup salah satu pintu dan buka salah satu. Sebab pintu-pintu yang saling berhadapan boleh jadi laluan makhluk halus. Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dengan bagi salam.

10.Elakkan ketawa dan bersedih berlebihan

11.'Pagar' rumah setiap hari - baca ayat kursi dengan 7 tempat wakaf dan tiup pada setiap penjuru bilikSelalu baca surah Al-Baqarah

12.Selalu alihkan barang-barang dalam rumah. Jaga suasana baik dalam rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda-benda macam ni yang tarik perhatian makhluk halus.

Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari gangguan syaitan laknatullah. Semoga menjadi iktibar pada kita semua.
loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: