loading...
Loading...
Dr Sheikh Muzaphar Turunkan 5 ‘Ilmu’ Macam Mana Anak Kembarnya Boleh Tidur Lena Sampai Pagi.
Seronok tengok Datuk Dr Sheikh Muzaphar melayan anak kembar yang baru lahir. Tapi bab menjaganya dah tentu hanya mak ayah saja yang tahu.
Alang kan seorang baby pun tak tidur dibuatnya inikan pula ada dua baby kan. Tapi mujur Dr.Sheikh Muzafar ni doktor so ada banyak ilmu ekstra yang dia ada berbanding kita.
Pastikan bilik adalah selesa untuk bayi, tidak terlalu panas atau sejuk. Mereka mungkin akan kurang selesa jika dipakaikan baju tidur yang tebal. Sebagai ibu bapa anda pasti lebih tahu.
Sekiranya anak bangun tengah malam, perkara pertama yang dilakukan cuma melihatnya dari jauh, bukan terus menyokong mereka kecuali, tangisan bayi makin kuat.
Jangan tepuk atau dodoikan bayi ketika ini kerana mereka akan tahu anda ada di situ dan akhirnya mahu anda mendukung mereka.
Kejutkan anak pada waktu yang sama setiap hari. Anak kembar saya biasanya terjaga jam 6.00 pagi sebelum kakak mereka bangkit jam 6.30 pagi. Walaupun anak masih tidur, kejutkan mereka supaya mereka dapat ikut rutin tersebut.

Bestnya angkasawan negara ini tak lokek berkongsi tip. Bagi yang mengikuti instagram beliau, pasti akan dapat baca macam-macam info berguna tentang penjagaan bayi. Salah satunya info tentang tidurkan anak.
Kalau nak tahu Dr Sheikh Muzaphar ini berjaya latih anak kembarnya ini yang baru usia 4 bulan tidur awal dan lena malah akan bangkit pagi waktu yang sama setiap hari.
Mesti ramai parent nak tahu kan. Penting ni sebab barulah parent pun dapat tidur yang cukup terutama yang baru ada baby.
Lagi satu yang menarik, anak kembar mereka Adam dan Noah ini juga telah dilatih tidur di bilik berasingan. Tapi sudah tentulah dengan monitor untuk mereka perhati keadaan bayi di bilik sebelah.
Disebabkan ramai parent yang bertanya bagaimana mereka berjaya tidurkan bayi lama, maka beliau pun berkongsi tip ini.
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana saya melatih anak kembar saya tidur hingga pagi sejak awal dilahirkan.
Adalah normal untuk bayi baru lahir sehingga enam bulan untuk bangun atau bangun dan menangis pada pertengahan malam.
Ia mungkin kerana lampin basah, bilik terlalu sejuk atau panas dan paling biasa bayi lapar atau perkara lain yang kita tak tahu.
Kami mula melatih kembar untuk tidur di bilik berasingan sejak awal lagi. Tapi ada monitor disambungkan di bilik untuk kami lihat sekiranya mereka menangis di malam hari.
Sebelum tidur buat nih
Namun sebelum mereka tidur kami pastikan bayi kenyang dan lampin ditukar. Biasanya mereka berdua tidur pada jam 9.30-10.00 pm. Kami akan jadikan ia sebagai rutin untuk tidurkan mereka pada waktu yang sama.
Bilik dan baju baby selesa
Pastikan bilik adalah selesa untuk bayi, tidak terlalu panas atau sejuk. Mereka mungkin akan kurang selesa jika dipakaikan baju tidur yang tebal. Sebagai ibu bapa anda pasti lebih tahu.
Intai dulu kalau menangis
Sekiranya anak bangun tengah malam, perkara pertama yang dilakukan cuma melihatnya dari jauh, bukan terus menyokong mereka kecuali, tangisan bayi makin kuat.
Kadang-kala mereka cuma mengalih kedudukan dengan menangis seketika tapi tidur kembali.
Jangan tepuk
Jangan tepuk atau dodoikan bayi ketika ini kerana mereka akan tahu anda ada di situ dan akhirnya mahu anda mendukung mereka.
Kejutkan bila dah sampai waktu
Kejutkan anak pada waktu yang sama setiap hari. Anak kembar saya biasanya terjaga jam 6.00 pagi sebelum kakak mereka bangkit jam 6.30 pagi. Walaupun anak masih tidur, kejutkan mereka supaya mereka dapat ikut rutin tersebut.
Insya-Allah bayi akan dapat menyesuaikan diri dengan masa tidur mereka dan tidur lena. Setiap anak berbeza tapi rasanya mereka tiada masalah untuk mengikuti langkah ini.
Selamat berjaya!
Sumber: instagram drsheikhmuszaphar
loading...
0 ulasan:
Catat Ulasan