Sabtu, 25 November 2017

Memindahkan Gunung Switzerland Boleh Buat Duit

terimakasih sudi like
loading...
Loading...
Memindahkan Gunung Switzerland Boleh Buat Duit

EMIGRATION merupakan satu masalah besar hari ini termasuk yang dihadapi sebuah perkampungan di kawasan pergunungan di Switzerland.

Bagaimanapun, majlis daerah tempatan Albinen akan memperjuangkan satu cadangan supaya kawasan itu terus hidup dengan penempatan penduduk.

Perkampungan kecil dengan 250 ahli komuniti di Valais, selatan Switzerland memberi ganjaran sebanyak 70,000 Swiss francs (RM294,199) kepada orang luar yang mahu berpindah ke kawasan itu.

Bayaran tersebut untuk sebuah keluarga empat orang yang sanggup berpindah ke Albinen.
Setiap orang dewasa berpeluang mendapat 25,000 francs (RM105,070), manakala kanak-kanak pula 10,000 francs (RM42,028).

Bagaimanapun, jangan terlalu teruja dengan ganjaran untuk berpindah ke kawasan pergunungan ini sekiranya anda berumur lebih 45 tahun.

Dalam pada itu, pendatang baharu juga perlu bersetuju untuk menetap di situ selama sekurang-kurangnya 10 tahun di samping membeli rumah atau mengubahsuai salah sebuah rumah di kampung tersebut.
Rumah tersebut mestilah berfungsi sebagai kediaman tetap, dan bukannya sebagai tempat persinggahan semasa cuti. - odditycentral

loading...

SHARE THIS
Loading...

Author:

seorang ibu dan blogger bebas ,memaparkan kisah-kisah menarik dari seluruh dunia

Loading...

0 ulasan: